HARI INI seperti biasanya puan zalina akan menyiapkan sarapan buat keluarga tersayang. Begitulah rutinnya sejak dia mula bergelar isteri sehinggalah sekarang, menyiapkan sarapan, memasak untuk makan malam, dan juga mengemas rumah, walaupun dia bekerja di butik dia masih lagi ada masa untuk meluangkan di rumah.
"Morning mama." tersentak dia apabila bahunya ditepuk oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan anak perempuannya, Aryana.
"Morning." Aryana menarik kerusi meja makan lalu melabuhkan duduk di atas kerusi.
"Papa tak sarapan ke mama?" soal Aryana apabila kelibat papanya tidak kelihatan.
"Ada ni, baru datang." Nah, itu dia baru sahaja menyoal tentangnya.
Puan zalina yang melihat kemunculan suaminya itu menarik senyum. Encik Khalid juga melabuhkan punggung di atas kerusi lalu menikmati sarapan yang disediakan oleh si isteri.
"Kakak mana? Tak sarapan sekali?" tanya encik Khalid. Aryana yang mendengar pertanyaan encik Khalid itu mengangkat muka.
"Kakak tak turun lagi kot." jawab Aryana. Encik Khalid tidak menjawab sebaliknya dia hanya menjamah makanan yang disediakan oleh isterinya.
"Eh, kakak tak nak sarapan sekali ke?" tegur puan zalina apabila melihat figura anaknya yang mahu berjalan ke pintu.
"Erm...tak kot, sebab kakak ingat nak sarapan kat luar dengan member." balas Aryani.
"Ouh, kalau macam tu, adik pergi dulu lah mama papa." Aryana mengangkat punggungnya dari kerusi lalu menyua tangan untuk bersalaman dengan orang tuanya.
"Aik, nak pergi dah, takkan sikit je makan?" Puan zalina menyoal sambil menyambut tangan anak perempuan bongsunya.
"Takpelah ma, kakak pergi dulu, bye." belum sempat puan zalina membalas Aryani terlebih dahulu melangkah keluar tanpa menyalaminya.
"Adik pergi dulu lah mama, bye." puan zalina dan encik Khalid hanya membalas lambaian anak mereka itu sehingga mereka hilang dari pandangan.
"Haih, abang, abang tak rasa ke kakak dengan adik tu macam dah lain sekarang?" encik Khalid yang mendengar pertanyaan isterinya itu menjongket kening.
"Lain? Apa yang lain?" puan zalina mengeluh.
"Tak lah, saya tengok kakak tu macam dah tak layan adik macam dulu." jelas puan zalina.
"Kenapa ada yang salah ke cara dia layan adik?" tanya encik Khalid masih lagi tidak dapat menangkap maksud dari ayat puan zalina itu.
"Tak lah, dia macam abaikan adik, tengok macam tadi dia tinggalkan adik macam tu je. Abang tak rasa pelik ke."
"Boleh lah rasa pelik tu, tapi mungkin juga diorang bergaduh ke, ala biasalah adik beradik." nafi encik Khalid.
"Entah la kadang-kadang saya ada la jugak fikir macam tu, tapi....ah entah la." serabut fikirannya memikirkan tentang anaknya yang tiba-tiba sahaja berubah.
"Takpelah, awak janganlah fikir sangat pasal anak kita tu, Abang cuma tak nak awak stres fikirkan pasal diorang lagipun diorang kan dah besar, pandai lah diorang uruskan diri sendiri." ujar encik khalid, cuba menenangkan isterinya yang jelas kelihatan serabut.
"Saya bukan apa bang, saya cuma tak nak diorang berenggang antara satu sama lain ye lah lagipun diorang je anak perempuan yang kita ada."
"Abang pun tak nak diorang jadi macam tu, tapi apa yang kita boleh buat cuma berdoa sahajalah, lagipun nanti diorang berbaik lah tu, awak sabar ye janganlah fikirkan sangat." pujuk encik Khalid kepada isterinya.
"Hmmm, yelah." tenang sedikit hatinya yang resah apabila dipujuk oleh sang suami, bertuah dirasakan olehnya kerana mempunyai seorang suami yang memahami dan menerima segala kekurangan dirinya yang dirasakan sangat kerdil ini.
__
"Kakak!"
"Ish! Kenapa!" sungguh panas hatinya apabila melihat wajah adiknya yang amat dibenci itu.
Entah mengapa sekarang ini, dia sungguh benci melihat wajah itu, mungkin juga kerana sifat dengki yang tersimpan di dalam hatinya yang menjadi segumpal yang besar membuatkan dia semakin benci akan adiknya yang langsung tidak bersalah itu. Pujian dari teman lelakinya semalam menambahkan lagi kebencian yang disimpan untuk adiknya, masakan tidak bayangkan teman lelaki sendiri memuji perempuan lain selain daripada keluarganya sendiri, depan teman wanitanya lagi.
"Erm, kakak nak pergi dah ke?" soal Aryana berhati-hati, takut pula dia apabila melihat wajah kakaknya yang seakan-akan mahu membaham dirinya itu.
"Ye lah, kenapa nampak macam akak nak pergi sambung tidur balik ke." saja ditambahkan ayat perli itu untuk menyindirkan adiknya yang berlagak sopan itu.
"Ouh, kalau boleh adik ingat nak minta ak..."
"Tak boleh sebab akak ada hal lepas balik nanti, mungkin akak balik lewat kot." potong Aryani dia sebenarnya malas mahu menumpangkan adiknya, lagipun dia sudah berjanji untuk bertemu teman lelakinya untuk makan malam nanti.
"Bukan balik nanti, adik ingat adik nak tumpang kakak sekarang, tapi kalau akak tak nak takpe adik tak kisah pun."
"Ala adik boleh kan naik motor skuter adik tu macam biasa, lagipun akak ada janji dengan kawan nak sarapan dengan diorang sakgi."
"Hmmm, okeylah adik naik motor je lah, akak hati-hati tau naik kereta." Walaupun hatinya agak tersentak dititipkan juga pesan untuk berhati-hati kepada kakaknya, lagipun dia langsung tidak ambil hati dengan tolakan kakaknya itu.
Bersambung....
Sorry update lambat, kite Raye semalam hehe.. Kalau ada kesalahan ayat bagitahu tau, tq... Happy reading :)
Share this novel