BAB 3

Romance Series 3094

"Kau ni dah kenapa dari tadi aku tengok asyik terjenguk sana sini je?" soal Farhana rimas pula dia apabila melihat rakan baiknya itu kerap menjenguk ke belakang.

Aryana yang mendengar itu hanya tersengih sahaja. "Taklah aku tengah cari kakak aku, tadi kau ada perasan dia tak?"

"Kakak kau? Taklah pula, lagipun dari semalam lagi aku tak nampak dia, kenapa dia hilang ke?" Aryana yang melihat wajah rakannya terlalu dekat itu langsung menolak mengguna tangan kanannya.

"Hish kau ni mana ada dia hilang, aku saja tanya kau kot kot la kau ada nampak dia ke, lagipun tadi dia dah bertolak awak lagi dari aku." resah pula wajah dipamerkan oleh Aryana, di sudut hatinya dia tidak mahulah apa-apa terjadi kepada kakaknya itu, dia cuma mampu berdoa sahaja supaya kakaknya itu selamat.

"Dia tak apa-apalah kau janganlah risau sangat aku yakin kalau ada orang jahat kacau kakak kau pun, kakak kau kan kuat pernah belajar taekwondo kot lain lah macam kau, kalau kau aku risau lah." pujuk Farhana dia juga tidak mahu melihat rakan baiknya itu gelisah memikirkan tentang hal itu, lagipun dia yakin Aryani pasti baik-baik sahaja.

"Okey class, sorry saya lambat sikit sebab jem sikit tadi, so kita akan mulakan class hari ini ya." Aryana menoleh ke belakang, masih lagi tidak muncul, makin bertambah risau di hatinya.

'Yaa Allah kau lindungilah kakak ku ya allah' Bisik hatinya.

.
. .
. .

"Nah." Farhana menghulurkan sebotol air soya kegemaran Aryana kepadanya. Bersinar wajah mendung Aryana apabila melihat air soya itu, lupa sudah dia akan kegelisahan tadi.

"Thanks." ucap Aryana sambil menyambut huluran rakannya itu. Farhana terus melabuhkan punggung ke atas pangkin bersebelahan Aryana.

"Macam mana, dah okey dah?" tanya Farhana kepada rakannya. Aryana mengerutkan dahi tidak faham akan pertanyaan Farhana itu.

"Okey? Apa yang okey?" soalnya kembali.

"Kakak kau lah, dia dah balas belum chat kau?" Kembali kendur wajah Aryana apabila mendengar tentang kakaknya itu. Farhana pula yang menjadi gabra apabila melihat wajah rakannya kembali kendur.

"Belum, dia langsung tak balas call pun tak, nak tanya mama aku kau faham kan mama aku tak boleh terkejut." Aryana menundukkan wajahnya.

"Takpa aku yakin kakak kau selamat, mungkin dia keluar dengan kawan-kawan dia ke, ala lagipun aku tahulah kakak kau tu dia kan jenis yang sukakan kebebasan." Ujar Farhana sambil menepuk bahu kiri Aryana.

"Hmmm, aku harap macam tu lah." pasrah Aryana.

"Yanaaa.." terbuka luas mata Aryana apabila namanya dipanggil meleret seperti itu. Siapa lagi kalau bukan Khairul atau digelar sebagai 'ulat bulu jadian' olehnya.

"Hana aku rasa aku kena sembunyikan diri lah." bisiknya perlahan di telinga Farhana. "Kau dah terlambat Yana, sepatutnya dari awal lagi kita kena check Line clear ataupun tak."

"Habis tu aku nak kena buat apa ni?" Soal Aryana, rasanya mahu menangis sahaja sekarang ini.

"Buat apa lagi, kau kena layan je lah, lagipun aku pun dah buntu nak buat apa, sia-sia jelah usaha kita sebelum ini." Mereka perlahan-lahan menoleh ke arah belakang, dengan hati yang pasrah. Tamatlah riwayat kau Yana!

__

KHAIRUL memberikan pandangan tajam ke arah dua wanita di hadapannya kini, sudah lama dia mencari gadis yang bernama Aryana ini, tetapi dia selalu sahaja mengelak daripadanya.

"Kenapa U lari daripada I? U tahukan yang I ni dah lama rindukan U, nak tengok muka U yang bak bidadari ni, tetapi last sekali U lari macam tu je, U tak kesian kat I ke?" panjang lebar bebelan yang diberikan oleh mamat 'Ulat bulu' gelaran Aryana itu. Aryana hanya tersengih seperti kerang busuk sahaja, dia sebenarnya rimas dengan sikap Khairul yang selalu mahukan perhatian olehnya.

"Khai, bukan macam tu, awak tahukan yang saya busy sikit sekarang ni, sebab tulah saya me..."

"Mengelak daripada I?" potong Khai. Aryana yang tidak peka dengan itu hanya mengangguk kepala sahaja. Farhana yang menyaksikan itu langsung menyiku lengan rakannya itu.

Aryana yang baru sahaja tersedar dengan spontan mengelengkan kepalanya. "Eh, bu- bukan saya mengelak dari awak."

"Habis tu?" Aryana menggigit bibir bawahnya, mencari alasan yang sesuai untuk diberi.

"Saya cuma..Cuma..."

"Cuma?" soal Khairul tidak sabar dia mahu mendengar jawapan dari mulut buah hatinya itu.

"Saya cuma nak balik awal, ye lah saya kena buat assignment lagi, kemas rumah, tolong mama saya masak lagi macam-macam lagi sebabtu lah saya nak balik cepat, kan Hana?" Farhana hanya mengangguk-angguk kepala sahaja mengiakan. Tipu sunat takpekan? Hehe..

"Hmmm okey, but.." terbit keluhan dari mulut Aryana apabila mendengar ayat itu, tahu sudah dia pasti ada sahaja yang merepek akan diminta oleh 'ulat bulu' dihadapannya ini.

"Awak kena jadi girl friend saya." putus Khairul. Rasa seperti mahu pitam sahaja Aryana apabila mendengar permintaan merepek Khairul itu, tidak kurangnya juga si Farhana yang juga terkejut akan itu.

Mampus!!!

Bersambung...

Sorry kalau ada kekurangan.. Kalau ada kesalahan ejaan tolong bagitahu eh insyaallah nanti kite betulkan... Happy reading :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience