BAB 5

Romance Series 3094

JALAN di waktu petang itu agak sesak yalah kan orang baru balik kerja mestilah sesak, penat Aryana menyelit di sana sini untung jugalah dia menunggang motosikal di waktu ini.

Dia membelokkan motornya memasuki ke dalam mall, dia bercadang mahu membeli barangan dapur yang kurang, sementara dia alang alang lalu di sini apa salahnya kalau dia terus singgah di mall.

Setelah memarkirkan motor di tempatnya, dia melompat dari motor lalu menarik keluar helmet keluar dari atas kepalanya, tudung yang senget senget dibetulkan mengguna ibu jari.

Yakin semuanya telah selesai dia mengunci motosikalnya lalu mengambil Sling bagnya dan disilang di lengan kanannya dan menapak masuk ke dalam mall.

"Haih nak beli apa eh, list tak bawak la pulak." keluhnya sambil kakinya melangkah mengelilingi dalam mall.

Kring! Kring!
Bunyi phone berdering.

Kalut Aryana mengeluarkan phone dari Sling bagnya. Tangan diseluk untuk mengambil phone, tertera nama mama di skrin langsung ditekan punat hijau.

-"Assalamualaikum, ma."

-"Waalaikumsalam."

-"Kenapa mama call adik?"

-"Adik ada kat mana sekarang ni."

"Adik ada kat mall ni, nak beli barang dapur."

-"Kakak ada sekali tak dengan adik?"

-"Takde la pulak, adik datang sorang je. Kenapa ma?"

-"Adik boleh balik sekarang tak?"

-"Kenapa ada apa apa terjadi ke ma."

-"Nanti mama jelaskan, adik tolong balik cepat sikit boleh?"

-"Ha yelah, jap adik on the way."

Panggilan dimatikan, banyak persoalan bermain di fikiran Aryana tika ini. Mengapa mamanya menelefonnya, kedengaran suara mamanya terlalu cemas membuatkan hatinya tidak tenang. Kakinya spontan melangkah keluar dari mall.

Kakinya melangkah dengan pantas langsung tidak mempedulikan keadaan sekeliling yang penting sekarang ini dia mahu pulang takut pula dia kalau apa apa terjadi di rumah, hatinya langsung tidak bisa bertenang.

Buk!

"Aduh!" dipegang kakinya yang terseliuh akibat terlanggar seseorang yang tidak dikenal pasti itu.

"Sorry." ucap seseorang itu. "It's Thay hurt, i'm so sorry." Jelas terpapar di wajah itu kerisauan yang terlampau.

"Let me help U." pelawa seseorang itu. "Eh takpe, tak teruk mana pun, cuma terseliuh sikit je." dia mencuba untuk bangun walaupun hanya tuhan sahaja yang tahu betapa terseksanya yang dirasakan olehnya namun dikuatkan juga dirinya untuk tidak ternampak lemah.

"Are you okay?" soalnya lagi. "Takpe jangan risau saya okey." diangkat wajahnya untuk melihat seseorang yang telah dilanggar olehya tadi.

Terpaku dia melihat sepasang mata yang bermata biru itu, rupa-rupanya lelaki yang melanggarnya tadi, mengapalah dia tidak perasan dengan Suara garau itu.

Begitu juga dengan lelaki itu, dia juga terpana melihat wajah bak bidadari yang berada di hadapannya di kala ini.

"Urmm, sorry sebab saya terlampau laju sangat tadi, sampai tak perasan saya terlanggar orang." ucap Aryana serba salah, sungguh malu dirasakan salahnya juga kerana tidak melihat ke hadapan.

"No, it's okay, it's My fault too becaus..."

"Tak salah saya, erm takpelah saya ada emergency sekarang ni, saya pergi dulu lah ye, bye." terjengket-jengket Aryana berlari kakinya masih lagi terasa perit tetapi wajahnya terasa membahang apabila berada di situ lebih baik dia pergi dulu sebelum dia semakin hilang kawalan melihat wajah kacak lelaki itu.

Lelaki itu hanya tersenyum sahaja melihat telatah gadis itu, sungguh dia rasa sekarang ini dia telah jatuh cinta terhadap gadis itu walaupun dia tidak tahu lagi nama sebenar gadis itu.

"She so beautiful.." ucapnya tanpa sedar.

Bersambung....

Sorry aku ada kekurangan, atau tak menarik. Kalau ada kesalahan ejaan tolong bagitahu ye insyaallah nnti kite betulkan... Happy reading :) jangan lupa komen tau, love you muah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience