BAB 1

Romance Series 3094

ARYANI menghempaskan pintu kamarnya dengan hati yang mendongkol marah, semua yang dia mahu semuanya adik dia dapat, sedangkan dia, langsung tidak mendapati apa-apa.

"KENAPA! Kenapa kau dapat semua yang aku nak!" Bantal yang elok tersusun rapi di atas katil, dibalingkan di lantai, rambutnya dicengkam dengan tangan.

"Kenapa! Kenapa! Mesti kau yang dapat! Aku benci kau Ana!" badannya melorot jatuh ke bawah dengan air mata jatuh berderai.

Tok! Tok!

"Kakak? Kakak okey tak?"

Dia menutup telinganya dengan rapat, tidak ingin dia mahu mendengar suara yang paling dibencinya itu.

"Kakak?" panggil Aryana lagi, harinya terselit rasa risau dan resah apabila mendengar jeritan Aryani yang tidak berapa jelas didengari namun cukup nyaring dan kuat membuatkan hatinya tidak dapat bertenang.

"Adik, kenapa ni?" dia menoleh, kelihatan puan zalina sedang berdiri di sebelah dengan wajah yang tertanya-tanya.

"Tak ada apalah mama, adik cuma risaukan kakak sahaja." bibirnya dipaksakan memberikan senyuman walaupun payah.

"La kenapa pulak, ada apa-apa terjadi ke?" soal puan zalina dengan riak wajah yang bimbang.

"Eh taklah, adik cuma... hmmm, nak melawat akak je." Aryana cuma memberi alasan walaupun dirasakan tidak masuk akal, namun hanya itu sahajalah alasan yang timbul di kepalanya.

"Habis tu akak tak bagi masuk?" cepat-cepat Aryana menggelengkan kepalanya.

"Dia tak dengar lagi kot, mungkin dia tengah solat." perlahan-lahan puan zalina menjatuhkan kepalanya.

"Ha takpalah, mama pergi dulu jangan lupa tidur awal tau, nanti mengantuk pula nak pergi kelas esok." pesan puan zalina semula beredar meninggalkan Aryana yang tercegat di hadapan pintu bilik Aryani.

"Fuhh!" dia menggosok kan dadanya yang agak sesak akibat terlalu berdebar.

Dia menggepalkan tangannya, lalu diangkat untuk mengetuk pintu bilik Aryani, yang masih belum menyahut sahutannya dari tadi.

Baru sahaja dia mahu mengetuk tiba-tiba sahaja dia merubah fikiran, mungkin juga Aryani sudah hanyut dibawa mimpi dan tidak dapat mendengar panggilannya.

"Mungkin, takpa lah bagi dia berehat dulu, esoklah baru tanya." dia cuba menyedapkan hati sebelum menghilang ke bilik dengan hati yang masih penuh dengan tanda soal.

.
. .
. .

RAYYAN menyemak semua dokumen yang diberi, untuk ditangani olehnya, seingatnya hari ini dia mahu mengambil cuti namun disebabkan pembantunya mengatakan dia mempunyai jadual penting hari ini tidak jadilah dia mahu berguling di rumah buat sementara, dia mengeluh perlahan.

Dia membangunkan diri dari atas kerusi lalu meregangkan otot-otot yang lenguh, dengan mata yang kuyu.

"Haih..dahaga la pulak."

Gagang telefon dicapai, lalu diberikan pesanan kepada Sarah, iaitu pembantu peribadinya. Selesai menyampaikan pesanan gagang telefon dikembalikan kembali ke tempat asalnya lalu dilabuhkan duduk kembali ke atas kerusi kerjanya untuk menyambung kerja yang tertangguh.

Ding!

"Masuk!" lantang jawapan yang diberikan olehnya. Kelihatan Sarah berjalan sambil membawa secangkir cawan di tangan sambil tersenyum.

Diletakkan cawan itu di atas meja, setelah mendapat arahan oleh bosnya.

"Nah kopi yang encik Rayyan pesan." dia memberikan sikit senyuman buat Rayyan.

"Thank you." dibalas senyuman Sarah itu, lalu disisip kopi itu dengan perlahan ,akibat panas.

"Err, tak ada apa dah kan?" soal Sarah dengan berhati-hati. Rayyan menggeleng.

"Thanks sedap kopi U buat." puji Rayyan tersipu malu Sarah dibuatnya, mana tidaknya dipuji oleh jejaka kacak, cukup pakej pula itu. Hei, gatal sungguh kau kan Sarah!

"Kalau tak ada apa apa dah saya keluar dulu lah."
pamit Sarah. Rayyan hanya mengangguk sahaja, tanda mengizinkan.

Rayyan kembali menumpukan kefokusannya terhadap kerjaannya yang tergendala sebentar tadi.

Kring! Kring!

Telefonnya kembali berdering, telah membuatkan dia kembali terganggu, spontan diangkat telefon itu lalu matanya mengerling ke nama yang tertera. Mummy!

"Haish, ni mesti pasal semalam lagi!" rungutnya. Terimbas kembali permintaan yang langsung tidak masuk akal oleh mummynya itu.

#FLASBACKON#

"Mummy tak kira nak atau tak nak, mummy tetap nak Rayyan kahwin dengan Fatin, titik!" ujar puan seri Liza tekad.

"What's! Apa ni mummy! Berapa kali Rayyan nak cakap, Rayyan tetap takkan kahwin dengan Fatin, dia bukan pilihan Rayyan mummy!" terbangun Rayyan dari sofa itu apabila mendengar permintaan mummynya yang langsung tidak diduga itu.

"Habis tu sampai bila Rayyan nak jumpa pilihan Rayyan sendiri, Rayyan mummy ni makin lama makin tua tau, bukan makin muda, sampai bila kamu nak membujang sampaikan ramai yang tanya mummy kenapa Rayyan tak kahwin lagi, mummy nak cakap apa?"

"Whatever! Yang penting Rayyan tetap takkan kahwin dengan dengan Fatin, muktamad!" dia terus melangkah pergi dari ruang tamu itu, makin lama makin sakit hatinya apabila didesak oleh mummynya sebegitu, lagi sakit hatinya apabila melihat daddynya hanya mendiamkan diri sahaja tanpa mahu membelakan dirinya.

#FLASHBACKOFF#

Bersambung...

This is My first novel hope you like it. Sorry kalau ada kekurangan, kalau ada kesalahan tolong bagitahu ye. Happy reading :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience