BAB 2

Romance Completed 10667

“Hai sayang. I rindu lah kat you.”

Ujar Haikal sambil tangannya dilingkarkan ke bahu Izzara. Izzara pantas menepis.

“Apa ni Haikal! Jangan ganggu saya boleh tak?”

“Tak boleh. Sayang, you ni bila nak terima hakikat yang kita ni memang ditakdirkan untuk bercinta?”

Soal Haikal sambil menarik tangan Izzara.

“Haikal. Tolong lepaskan tangan saya sekarang!”

Bentak Izzara.

Dia cuba meleraikan pegangan Haikal namun tidak berjaya. Izzara memandang sekeliling. Sunyi. Menyesal pula dia ke library pada petang itu, kalau tidak pasti dia tidak akan pulang selewat ini.

Haikal hanya tertawa melihat wajah Izzara yang sudah berubah pucat. Tangannya semakin kemas menggengam tangan Izzara.

“Hoi! Lepaskan dia.”

Tegur satu suara dari arah belakang Haikal.

Haikal yang sedang asyik tertawa, terus berpaling kebelakang. Bertemu pandang dengan seorang lelaki yang berwajah kacukan inggeris. Wajah lelaki itu kelihatan sangat serius.

“Hoi mat saleh celup. Pergi balik lah. Jangan masuk campur urusan orang lain.”

Haikal masih tertawa panjang namun tidak lama kegembiraan itu apabila wajahnya dihadiahkan sebuah tumbukan daripada mat saleh celup itu.

Haikal yang tidak menjangkakan serangan itu, tidak dapat mengimbangi tubuhnya lalu terjatuh. Hidung dan bibirnya mengeluarkan cecair pekat. Haikal cuba berdiri namun kepalanya terasa berpinar lalu dia rebah tidak sedarkan diri.

Izzara yang tergamam seketika tadi pantas mendapatkan Haikal. Tubuh jejaka itu di pangku. Darah yang mengalir pantas dilap menggunakan sapu tangan.

“Awak, tolong hantar dia ke klinik. Dia pengsan ni.”

Pinta Izzara kepada lelaki yang berwajah mat saleh itu.

“Kenapa pula aku nak hantar dia ke klinik? Kalau kau nak, kau ajelah yang hantar.”

Ujar lelaki itu sambil berlalu pergi.

“Hoi Mat Saleh celup! Awak ni tak ada perasaan ke? Tolonglah hantar dia ke klinik.”

Jerit Izzara.

Lelaki yang dipanggil Mat Saleh itu terus berpatah balik kearah Izzara apabila mendengar jeritan gadis itu.

“Nama aku bukan Mat Saleh Celup. Ish, kau ni menyusahkan orang aje la. Dah la tak berterima kasih aku dah selamatkan kau.”

Lelaki itu pantas mengeluarkan telefon bimbitnya lantas mendial seseorang. Selepas beberapa minit, talian dimatikan.

“Aku dah call teksi. Kejap lagi sampailah. Lepas tu kau boleh bawa kekasih kau ni pergi klinik. Puas hati?”

“Macam mana dengan bayaran klinik? Saya tak bawa duit ni.”

Izzara berterus terang. Memang didalam dompetnya tidak mempunyai wang lebih bagi membawa Haikal ke klinik.

“Ambik ni.”

Lelaki itu menghulurkan sejumlah wang kepada Izzara. Perlahan-lahan Izzara mengambil wang itu.

“Banyak ni. Kalau pergi klinik mana sampai seratus.”

Beritahu Izzara.

“Aku saja bagi seratus sebab nak kekasih kau ni dapat servis yang paling bagus kat klinik tu, kalau boleh kau bawa kat klinik swasta. Dah la. Aku nak blah ni. Menyesal aku tolong kau.”

Dengus lelaki itu dan pantas berlalu pergi.

Izzara tergamam apabila mendengar ayat terakhir lelaki itu. Saat itu baru Izzara menyedari yang lelaki itu telah menghulurkan pertolongan kepadanya tetapi dia belum mengucapkan terima kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience