BAB 7

Romance Completed 10667

Izzara merasakan bahunya disentuh seseorang. Kenangan 5 tahun yang lalu hilang daripada mindanya. Dia kini berhadapan dengan seorang lelaki yang sangat dicintainya.

“Sayang menungkan apa tu? Perempuan pregnant tak elok banyak termenung tau. Nanti baby pun kuat termenung.”

Gurau Syed Imran.

Tangannya asyik mengusap perut isterinya yang sedang hamil 7 bulan itu.

“Tak ada apalah. Cuma teringat cerita lama je?”

Izzara pantas memaut lengan suaminya manja. Terasa selamat berada disamping lelaki itu.

Izzara bersyukur kerana ditemukan jodoh dengan lelaki sebaik Syed Imran yang benar-benar mencintai dirinya. Kini, dia sedang bahagia meniti alam rumah tangga disamping bakal bergelar ibu kepada anaknya kelak. Hidupnya kini sudah sempurna rasanya. Mempunyai keluarga yang sangat menyayangi dan suami yang sangat mencintai dirinya. Ya Allah, terima kasih kerana memberikan kebahagiaan ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience