BAB 1

Romance Completed 10667

Izzara melangkah pantas menuju ke arah Bilik Kuliah 1 yang terletak di tingkat 2, Bangunan Akademik. Hari ini merupakan hari pertama dia memulakan kuliah pada awal semester kelima dalam jurusan perniagaan di Kolej Ehsan. Sudah hampir dua tahun Izzara bertungkus-lumus bagi menamatkan pengajian dalam peringkat diploma itu.

‘Alamak, dah lewat 15 minit ni. Aku harap lecturer tak masuk lagi.’

Doa Izzara sambil matanya tertancap kearah jam tangan berjenama Petaling Street yang terletak kemas ditangannya itu. Langkah Izzara semakin pantas apabila melihat pintu bilik yang bertanda Bilik Kuliah 1 sudah berada tidak jauh dari pandangan matanya. Izzara mengintai di sebalik pintu, kelihatan seorang pensyarah wanita sedang asyik memberikan taklimat. Dengan lafaz bismillah, Izzara menolak daun pintu perlahan-lahan.

“Assalammualaikum Puan. Maaf saya terlambat.”

Tutur Izzara perlahan sambil memandang kearah pensyarah wanita itu.

Pensyarah yang memakai tanda nama Asyikin itu hanya mendiamkan diri. Suasana Dewan Kuliah 1 sepi seketika. Izzara hanya mampu menundukkan wajahnya. Pipinya sudah merah menahan malu. Terasa berpuluh-puluh pasang mata di dalam dewan itu sedang memandang kearahnya.

“Waalaikumusalam.”

Jawab Puan Asyikin setelah hampir seminit membiarkan keadaan di dalam dewan itu sepi.

“Siapa nama kamu?”

“Nurul Izzara binti Ishak.”

“Saya Puan Asyikin, pensyarah kamu untuk subjek Prinsip Ekonomi. Saya harap kamu tidak mengulangi lagi kesalahan kamu sebab saya tak suka pelajar saya masuk lewat ke kelas. Sekarang kamu boleh duduk.”

Arah Puan Asyikin selepas memberikan peringatan kepada Izzara.

Izzara menarik nafas lega. Dia melemparkan senyuman manis sambil mengucapkan terima kasih kepada Puan Asyikin. Dia ralit mencari kerusi kosong di bahagian hadapan, namun hampa. Hanya tinggal satu sahaja kerusi kosong yang terletak dibaris belakang. Dengan perasaan terpaksa, Izzara melangkah kearah kerusi itu.

‘Argh, leganya. Nasib baik Puan Asyikin tak marah aku depan semua students tadi. Kalau tak, malu satu semester aku.’

Bisik Izzara sambil mengelap peluh di dahi menggunakan sapu tangan. Izzara mengerling sekilas kearah pelajar lelaki yang duduk disebelahnya. Tidak kelihatan jelas wajah pemuda itu kerana topi yang dipakainya sedikit menutupi wajahnya.

‘Siapa student ni? Tak pernah nampak pun?’

Desis Izzara.

Oleh kerana identiti jejaka itu dirasakan terlalu misteri dan Izzara juga tidak mahu bermain permainan Detektif Conan, dia pantas menyapa lelaki itu.

“Assalammualaikum, saya Izzara. Selamat berkenalan.”

Jejaka itu menarik keatas sedikit topinya lalu berpaling kearah Izzara. Alangkah terperanjatnya Izzara melihat seraut wajah mat saleh dihadapannya. Jejaka yang memiliki wajah iras-iras Leonardo di Caprio itu hanya memandang serius kearah Izzara. Segaris senyuman juga tiada menghiasi bibirnya yang merah itu.

“Sorry, I think you are Malays.”

Tergagap-gagap Izzara menjelaskan kepada pemuda itu.

“Waalaikumusalam. Sorry, saya tak berminat nak berkenalan dengan awak.”

Jawab pemuda itu sambil menarik kembali topinya. Izzara yang terkulat-kulat tidak dipedulikannya.

Wajah Izzara terus berubah apabila mendengar balasan pemuda itu. Wajahnya dicebikkan.

‘Dasar mat saleh sombong. Ingat muka hensem aku heran sangat la. Huh, boleh blah!’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience