BAB 6

Romance Completed 10667

Izzara memandang sepi kearah Mak Intan yang sedang asyik melayan pelanggan yang datang ke warung nasi lemaknya. Izzara mengeluh perlahan. Hari ini dia tidak mempunyai kelas, jadi dapatlah dia membantu ibunya di warung. Izzara mengimbau kembali pertemuan keduanya dengan lelaki yang dipanggil mat saleh itu semalam. Izzara bingung. Sejak pertemuan pertama, dia tidak dapat melupakan seraut wajah kacukan inggeris itu. Hatinya terluka akan sikap dingin jejaka itu.

‘Aku ni dah jatuh cinta ke?’

Bisik Izzara.

Dia tersenyum malu. Tapi kemudian wajahnya berubah keruh.

‘Tapi siapalah aku ni pada pandangan mata dia. Mungkin dia ingat aku ni nak goda dia je.’

Sedang asyik Izzara melayan perasaan, tiba-tiba dia dikejutkan oleh panggilan Mak Intan.

“Zara, ada kawan kamu cari kat depan tu. Orang lelaki. Nampak macam orang kaya je. Naik kereta BMW. Muka pun bukan main hensem. Macam pelakon orang putih.”

Beria-ria Mak Intan menerangkan. Izzara tergamam. Hatinya pantas merasakan bahawa lelaki yang dimaksudkan itu ialah jejaka mat saleh. Izzara pantas mengikut Mak Intan ke bahagian hadapan warung.

“Assalammualaikum Nurul Izzara.”

Tegur lelaki itu.

Izzara menjawab salam lelaki itu lalu mempelawanya duduk.

“Macam mana awak boleh tahu saya ada kat warung ni?”

Soal Izzara.

“Saya jumpa dengan kawan awak di kolej tadi. Dia yang beritahu saya awak bantu ibu awak di warung ni.”

Izzara mengangguk. Dia terasa janggal pula apabila mendengar gaya percakapan mat saleh itu yang agak sopan. Tidak seperti selalu, kasar dan menyakitkan hati.

“Saya tak boleh tidur lena semalam. Saya asyik terkenangkan awak saja.”

Izzara yang mendengar kata-kata lelaki itu kelihatan agak terkejut.

“Kenapa terkenangkan saya? Penting sangat ke saya pada awak?”

Izzara bertanya agak beremosi.

“Memang penting. Kerana awak begitu penting saya sanggup mencari awak sehingga kesini.”

“Apa yang awak…”

Belum sempat Izzara bertanya lagi, pantas percakapannya di potong.

“Nama saya Syed Imran. Just call me Imran.”

Syed Imran memperkenalkan diri.

Izzara mengangguk perlahan.

“Baik Imran. Apa yang awak maksudkan tadi?”

Syed Imran menarik nafas panjang.

“Saya tak pandai menyusun kata. Biarlah saya berterus-terang. Nurul Izzara, saya cintakan awak.”

Izzara yang mendengar, terkesima seketika.

“Apa awak cakap? Awak ingat saya akan percaya apa yang awak cakap. Jangan disebabkan saya tolong awak semalam, awak mengaku awak cintakan saya. Awak ingat saya tak ada perasaan ke?”

Airmata sudah mula membasahi pipi namun pantas diseka oleh Izzara. Takut dilihat Mak Intan nanti.

“Izzara, bukan kerana pertolongan semalam saya jatuh cinta, sebenarnya dah lama saya cintakan awak. Sejak dari hari pertama kita bertemu di Bilik Kuliah. Tapi saya tak berani nak luahkan sebab takut dikecewakan.”

“Jadi, apa yang membuatkan awak rasa yang saya tak akan mengecewakan awak sekarang?”

“Sebab saya yakin awak cintakan saya.”

“What? Awak jangan terlalu yakin Imran. Saya tak yakin awak cintakan saya.”

Izzara masih ingin bermain tarik tali. Dia masih ingin menguji keikhlasan Syed Imran.

“Apa yang awak tak yakin?”

“Kalau awak cintakan saya, kenapa awak marah saya masa di kafe?”

Syed Imran tersenyum nipis.

“Sebab waktu tu saya tak yakin, saya pernah dikecewakan oleh seseorang. Jadi, saya terlalu takut untuk bercinta lagi. Saya marah awak sebab saya nak cipta jurang pemisah antara kita tetapi saya silap. Saya tetap cintakan awak.”

Izzara masih tidak berpuas hati. Dia masih ingin menguji.

“Lagi satu, kenapa awak marah saya semasa saya minta tolong awak bawa Haikal ke klinik?”

Syed Imran yang mendengar pertanyaan itu pantas tertawa besar. Wajahnya yang putih melepak itu kelihatan sedikit kemerah-merahan. Wajahnya yang mirip hero dalam filem Titanic itu kelihatan sangat comel. Beberapa pasang mata pelanggan wanita mula melirik kearah Syed Imran. Izzara mula diterpa rasa cemburu.

“Itu sebab saya cemburulah sayang. Dah ada orang tu siap pangku kepala si Haikal, mana la saya ni tak cemburu.”

Izzara tersenyum. Malu apabila mengingatkan reaksi spontannya memangku kepala Haikal yang selalu menganggunya itu.

Syed Imran menyeluk koceknya lalu mengeluarkan sebuah kotak baldu yang berwarna merah. Sebentuk cincin emas putih terletak elok didalam kotak itu.

“Nurul Izzara binti Ishak, sudikah awak menjadi permaisuri hidup saya?”

Syed Imran bertanya sambil menatap wajah Izzara lembut.

Izzara meliar memerhati sekeliling. Bertembung pandang dengan Mak Intan yang memandang kearahnya. Izzara hanya mampu tersenyum saat ibunya itu menganggukkan kepalanya. Tanda merestui lamaran Syed Imran. Syed Imran yang menyedari keadaan itu sudah semakin melebar senyumannya.

“Baik mat saleh celup. Saya sudi.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience