BAB 5

Romance Completed 10667

Izzara melangkah pantas menuju ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari Kolej Ehsan. Suasana petang semakin gelap. Dia menjeling sekilas kearah jam tangannya. Jarum jam sudah menginjak ke angka 7.30 malam. Azan maghrib juga sudah hampir 15 minit berlalu. Suasana sekitar agak sunyi. Tiba-tiba Izzara terlihat dua orang lelaki berlari keluar dari arah semak lalu menuju kearah sebuah proton saga hitam yang diletakkan di bahu jalan. Sejurus kemudian, kereta itu mula meluncur pergi. Izzara yang pada mulanya tidak mengambil kisah terkejut apabila mendengar suara meminta tolong dari arah semak itu.

“Ya Allah. Suara siapa pula minta tolong waktu senja macam ni?”

Izzara sudah mula berfikiran karut. Tetapi langkahnya tetap menghala kearah semak. Alangkah terkejutnya Izzara apabila melihat sekujur tubuh terbaring diatas tanah. Darah kelihatan mengalir dari kepalanya.

Izzara pantas memangku tubuh itu. Airmata mengalir deras menuruni pipinya.

‘Ya Allah, mat saleh celup.’

Izzara memandang kearah lelaki disebelahnya. Sudah hampir 15 minit dia menunggu lelaki itu mengucapkan sesuatu tetapi lelaki itu masih mendiamkan diri. Sebentar tadi Izzara sudah membawa lelaki itu mendapatkan rawatan di klinik. Izzara tidak tahu mengapa, namun dia berasa sangat bersyukur apabila doktor memberitahu bahawa kecederaan di kepala lelaki itu tidak serius.

“Kepala awak sakit lagi ke?”

Tanya Izzara.

Lelaki itu menggeleng perlahan.

“Baguslah. Kalau macam tu saya balik dulu.”

“Nurul Izzara.”

Panggil lelaki itu. Izzara yang sudah bersedia untuk pulang pantas berpaling.

“Terima kasih sebab tolong saya.”

Izzara hanya mengangguk perlahan.

“Tak mengapa. Lagipun awak pernah tolong saya dulu. Kira seri lah. Dahlah, saya balik dulu. Kalau saya berbual panjang nanti awak ingat saya nak menggoda awak pula. Assalammualaikum.”

Izzara pantas berlalu pergi meninggalkan jejaka itu setelah memulangkan paku buah keras.

Syed Imran hanya mampu memandang kelibat Izzara yang berlalu pergi meninggalkannya. Dia tidak tahu mengapa tiba-tiba hatinya terasa kosong. Seolah-olah dia baru ditinggalkan oleh seorang gadis yang sangat dicintainya. Syed Imran meramas rambutnya yang keperangan itu perlahan-lahan sambil mendesis lembut.

‘Aku yakin aku mencintai dia. Aku tak nak kehilangan Nurul Izzara. Ya Allah, apa yang aku perlu lakukan untuk mendapatkan cintanya?’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience