.
.
.
.
Luna..boleh tak abang nak tumpang rumah untuk beberapa hari ,abang lari rumah la..Hehe.Tanya William sambil tersenyum meminta bantuan pada Luna.William lari dari rumahnya kerana tidak tahan dengan sikap adiknya yang suka mengarah itu..pada mulanya William masih boleh tahan tetapi selepas melihat perangai adiknya yang sombong dan suka mengarahkan orang tunduk padanya mula mengubah perasaan William..Ibu bapanya pulak sentiasa memaksanya berhenti dari mengejar cita cita untuk menjadi seorang eliters( panggilan untuk ketua pasukan dalam agensi perang).Bagi orang lain pekerjaan sebagai eliters atau elite itu sesuatu yang berbahaya kerana mereka perlu berlawan menentang raksasa di seluruh dunia dan membahayakan diri sendiri..tetapi bagi William itu sangat seronok kerana dia dapat berkenalan dengan pelbagai kawan yang mempunyai sihir yang hebat.
P/S:(imaginasi terlalu tinggi )
"Luna...boleh tak ni?"Tanya William ketika melihat Luna bisu tanpa jawapan.."Luna ok je, tapi abang Will kena tanya Mummy Letta la.." jawab Luna yang melihat William sedang membuat muka kesiannya.." Nanti abang tanya Mummy Letta!"jawab William yang gembira.
Tetapi Luna masih tertanya tanya bagaimana William boleh masuk ke dalam istana Mawar ..jika melalui pintu utama sudah pasti tidak boleh kerana hanya Luna yang boleh membuka pintu tersebut menggunakan sihir istimewanya..Jika pintu belakang pula dia sudah kunci sebelum tidur ..hanya ada satu saja cara untuk masuk kedalam Istana Mawar yang dikawal ketat ini iaitu memanjat tembok dan masuk melalui tingkap. Tetapi cara itu sangat mustahil bagi manusia biasa kerana tembok Istananya sangat tinggi dan susah untuk ditembusi..Kecuali, William ialah seorang Elite yang hebat seperti Seth , Kaito dan Farrah kawan kepada Luna..Walaupun ditinggalkan oleh Claude, Luna masih boleh berinteraksi dengan dunia luar dan berkerja seperti orang lain tetapi dengan syarat dia tidak boleh menggunakan identiti asalnya iaitu sebagai keluarga diraja Obelia..disebabkan syarat itu Luna perlu berlakon menjadi Ermiana Asforst bagi melindungi identitinya..
Abang William?
" ye, Luna?"
Luna nak tanya ..macam mana abang Will boleh masuk dalam ni..? tanya Luna pada William kerana perasaan curiganya tidak dapat dikawal." "ohh, itu je ke.Abang Will pakai kuasa angin untuk lompat tembok Istana lepastu abang Will masuk ikut tingkap." dengan muka selambanya William menerangkan cara dia ceroboh ke dalam kediaman milik Luna..dengan sepantas kilat satu penumbuk padu melayang ke dada William.Akibat geram dan marah Luna bertindak untuk menyerang William secara suka suka.." Sedap eh kau masuk bilik aku waktu tidur..cam perompak aku tengok..nasib sayang kalau tak dah lunyai kau kat sini!" marah Luna tetapi marahnya hanyalah untuk bermanja kerana dia tidak pernah mendapat kasih sayang seorang abang ..baginya dia tidak pernah mendapat kasih sayang secukupnya dari ibu bapanya..ibunya sudah meninggal bapa pula buangnya dari keluarga.Tetapi dia masih bernasib baik kerana Letta dan Damian sanggup memberinya perhatian walaupun sedikit kerana siduk atas urusan kerja.Dia berasa sedikit selesa dengan kehadiran William , walaupun William ceroboh kedalam biliknya dia masih bersyukur kerana William sanggup untuk menghadap perangai kekanakannya.
" ehehe, sorry la..dah ni rumah ke 20 abang singgah sebab nak tumpang..nak buat gane dah penat merantau.." kata William sambil tersengih.Luna yang sedang mendengar geli hati melihat aksi William..Manakala, bagi William pula..melihat wajah Luna tersenyum mengubat hatinya yang luka kerana ditinggalkan oleh orang yang tersayang,iaitu kawannya Chytholly..hilang semasa perang tanpa sebarang jejak.Dia telah berusaha mencari Chytholly tetapi masih tidak dijumpai.Dia berharap bahawa Luna dapat mengaktifkan pedang Seniorius milik Chytholly..kerana hanya itu harapan untuk Chytholly ditemui.
hai semua ..terima kasih kerana menunggu..walaupun korang tak tunggu..hehe harap you guys enjoy! walaupun i taktau sapa yang baca ni..tolong bagi komen sikit boleh?
Share this novel