.
.
.
.
KRAK! bunyi pintu Istana Mawar dibuka.Letta dan Damian pulang ke Istana .Mata Letta melilau mencari bayang Luna.." mana budak ni?takkan dah tidur, awal lagi ni" sambil melihat jam ditangannya." Jom tengok kat atas, mana tahu dia dengar muzik sampai tak dengar ke?" kata Damian pada Letta yang terlihat keresahan.
Letta dan Damian yang hendak melangkah ke tangga terkejut apabila melihat Luna turun bersama seorang kanak kanak lelaki yang sangat dikenali Damian.."TUAN MUDA!" jerit Damian .Alangkah terkejutnya Damian apabila melihat anak majikannya turun dengan memegang tangan Luna sambil turun dengan berhati hati kerana risau kaki Luna yang kecil itu tergelincir." Ish, berapa kali abang Will pesan jalan tu jangan laju sangat, kaki Luna tu kecik!"marah William kerana sudah 4 kali Luna hampir jatuh dari tangga..haih nak angkat tak bagi.
"Tuan muda William apa yang tuan buat kat sini? tuan tahu tak Tuan besar Kmesth sedang mencari...risau saya dibuatnya."tanya Damian kepada William .Kemudian, beralih pula pada anak angkatnya" Luna, macam mana Luna jumpa abang ni?".Luna menjawab" abang ni masuk ikut tingkap bilik Luna .lepastu marah sebab tak nampak pintu..apa la pintu besar pun tak nampak!""sedap mengata abang ek?"kata William sambil membuat rambut Luna kusut.dah dah jom tidur Luna..uncle Damian , "Will nak tinggal sini boleh tak?"tanya William..."Will tanyalah pemilik rumah ni.." " siapa?"..."ni budak kecil yang kamu pegang ni la.." kata Damian sambil tersenyum sementara Letta menahan ketawa melihat muka berkerut seribu William selepas mendengar kata kata Damian."serius la , eh.. kenapa Luna suruh tanya mummy Letta kalau Luna pemilik rumah ni" tanya William yang mahu mengangkat Luna yang mengatuk..tidur mereka terganggu kerana bunyi pintu dapur yang dibuka oleh Letta dan Damian sebentar tadi ."Dah Mummy Letta lagi tua ..mestilah tanya mummy Letta! Kang Luna terbawa lelaki jahat masuk rumah nanti tak ke haru.." kata Luna yang sedang duduk di tangan William."Dah malam ni abang Will tidur dengan Luna..dah la Luna mengatuk ni.." " ok , ok jom masuk bilik" jawab William sambil tunduk hormat pada Letta dan Damian
Beberapa minit kemudian,
Letta: abang tak apa ke kita tinggal diorang tidur sekali..risau Etta( panggilan Damian pada Letta).
Damian: Dah tu jom la naik tengok diorang..
Letta dah Damian naik ke tingkat dua untuk memeriksa William dan Luna yang tidur bersama..." Ewah..budak budak ni tidur peluk pula...kalah kita abang, tak boleh jadi ni" kata Letta sambil membuat muka cemburu..."Hadui, Etta biarlah diorang tu.." lalu Damian mengeluarkan telefonnya dan menangkap gambar Luna dan William yang sedang tidur berpelukkan seperti adik beradik itu..
......................
Keesokkan harinya,
William bangun tepat pada pukul 11 pagi, manakala Luna masih tidur di lengan William.Willian mengejutkan Luna secara tiba tiba kerana William ingat Luna perlu pergi ke sekolah.." LUNA! Bangun la Una( panggilan kalut William) tak pergi sekolah ke..pukul 11 dah ni!"jerit William sambil mengejutkan Luna...punyalah kuat William menjerit sehingga Letta dan Damian yang sedang bersiap untuk ke kerja pun terkejut..dengan pantas Damian dan Letta naik ke tingkat 2 .." Ada apa ni tuan William?!" tanya Damian yang masih terkejut.." Luna tak pergi sekolah ke? dah lambat ni!" dengan kuatnya Damian gelak sehingga tergolek dihadapan pintu bilik Luna.." BAHAHHAHA!Buat apa Luna nak pergi sekolah!"jawab Damian yang masih terbaring di hadalan pintu."Bukan Luna 4 tahun ke?" tanya William ..ialah selalunya keluarga diraja bawa anak anak mereka ke sekolah pada umur 4 tahun." Raja Claude kan tak suka Luna jadi kami la cikgu Luna selama ni..lagipun tak ada benda sangat nak ajar Luna sebab dia dah pandai.Lepastu, Uncle nak tanya William..Will kan kerja jadi tolong jaga Luna..kadang kadang Luna ni bukan boleh duduk sorang ,ada ada je perangai dia" jawab Damian."Ok..boleh je kalau nak bawa Luna ke Markas Elit..lagipun kawan kawan Luna kan ada."
.................
Di rumah agam keluarga Kmesth..
"abang...mana anak kita lari ni? dah seminggu dah ni takda khabar/kabar( taktahu eja).Risau saya" kata Puan Sera kepada suaminya Tuan Kmesth." Sera bertenang la dulu,spy tengah cari William kan.." kata Tuan Kmesth bagi menenangkan isterinya, sudah seminggu anak lelakinya hilang tanpa jejak kerana marah dengan adiknya..siapa sangka budak berumur 3 tahun seperti Natalie boleh mengarahkan orang gaji mereka sujud padanya. memang bengang la William.Lagipun William paling pantang orang yang tidak hormat pada orang dewasa.
Damian sampai ke hadapan pagar rumah agam keluarga Kmesth , tempat dia bekerja dan mencari rezeki.
" Tuan, boleh arahkan keluarga tuan berkumpul.Saya ada sesuatu yang mahu diberitahu." kata Damian kepada Tuan Kmesth."Sebentar ye , Damian"Jawab Tuan Kmesth.Seluruh keluarga Kmesth berkumpul bermula dari yang paling tua, Tuan Zander dan Puan Xania kepada Puan Sera dan suaminya kemudian anak mereka paling bongsu Natalie dan Emilia anak Puan Sera yang paling tua, Ratu kerajaan Asfrost. "Puan,Tuan saya dah jumpa Tuan Muda William.Dia pergi ke Istana Mawar rumah kepada anak angkat saya ,Luna De Alger Obelia" " Jauh betul di melencong..sampai ke Istana puteri keluarga Obelia tu.." kata Tuan Kmesth."Tak bahaya ke abang..bukan Luna tu orang yang bangsawan kata bahaya ke? dia boleh hilang kawalan sampai bunuh orang kan.."kata Puan Sera .Damian yang mendengar apa yang dikatakan oleh Puan Sera turut tergelak kecil.Puan Sera yang menyedari peebuatan Damian itu terus menegur " Saya serius ni, kamu gelak kenapa?" " Puan..selama ni saya dengan Letta jaga Luna tu elok je..tak pernah kena serang" kata Damian sambil tersenyum." Jaga?" tanya Tuan Kmesth pada Damian pula..Damian seorang yang misteri dan suka berahsia tetapi lawak pada waktu yang sama."Puteri Luna itu anak angkat saya, mak dia amanahkan Letta untuk jaga Luna tu..aha !sebelum saya terlupa ada vidio yang saya mahu tuan tengok..haih lagi satu Tuan William suruh pesan dia nak jadikan Luna adik angkat..dia kata tak kira apa pun dia tetap nak jadikan Luna adik dia..dah terpikat dengan Luna la tu.." sambil Damian menunjukkan vidio yang dirakamnya semasa balik ke Istana Mawar..dah macam Vlog gayanya.
Vidio:
(Throwback sendiri ...vidio dia yang William dengan Luna turun tangga tu..kalau tak jumpa komen)
Tuan Kmesth yang melihat vidio itu berkerut seribu.Bagaimana Luna boleh berkawan dengan anaknya..rapat sungguh! ini ialah kali pertama Tuan Kmesth melihat anaknya tersenyum dan bergurau begitu selepas kehilangan sahabatnya Chytholly.
" Damian esok saya nak melawat William dan Luna".." Baik tuan"
haih..habis satu chap..kalau tak best komen! senang sikit kerja saya nak betulkan cerita ni..dia serabut sebab saya rak reti nak asingkan cerita dia ikut bab..lagipun saya tulis tak ikut apa apa or rancang rangka cerita..apa yang ada dalam kepala saya..saya tulis je la..hehe
Share this novel