bab 4

Fantasy Series 697

- no tajuk!
- kalau tulis tajuk makin merepek
- tajuk tak kena dengan cerita
. .
. .
. .
.

Abang Will! Luna dan William sedang bermain bersama di laman Istana Luna yang besar."Luna ,jom makan!" " 5 minit lagi..please.." kata Luna yang seang bermain sambil membuat muka comelnya." Tak boleh, ni kali ke 4 Luna cakap 5 minit.Please sweety( panggilan manja Luna) , jom makan..." kata William dia sudah lapar untuk menunggu Luna habis bermain..kalau tunggu alamatnya sampai ke malam esok pun tak habis!" Yelah, Luna pun dah lapar ni." Luna berlari ke arah William dan duduk di dalam pangkuan William." Jom makan!" kata Luna yang mahu ambil makanan yang disediakan oleh William."Aip! basuh tangan dulu"tegur William sambil mengambil air mineral untuk membasuh tangan..Luna yang tersengih melihat ke arah pagar.Dia dapat rasakan ada orang yang sedang melihat dia dan William .Dengan pantas , Luna mengaktifkan sihir Perlindungan untuk rumahnya.William yang memerhati Luna berasa curiga dan mula bertanya pada Luna.." Luna buat apa, serius je muka" bisik William." Abang Will, ada orang tengah tengok kita kat pagar" jawab Luna dengan suara yang kecil." William yang mendengar berkata pada Luna" Jom masuk, bahaya nanti kalau orang tu masuk." " No" bantah Luna dan William berkerut sedikit melihat tingkah laku Luna." Takpe, Daddy Damian ada dengan orang tu tapi.. abang Will jom masuk buat makaron!" " haih macamtu pulak, peliklah adik abang ni..dah jom masuk buat makaron"jawab William yang menahan ketawa melihat mulut Luna yang comot selepas makan kek buatannya. Luna menyumbat separuh kek yang dimakannya kedalam mulut sehingga William yang melihatnya pun terkejut beruk." LUNA!, kenapa sumbat semua..tercekik nanti..dahla Luna sumbat ceri sekali!" .Luna yang mendengar kata kata William mula menelan kek itu masuk kedalam perutnya."Dah jom buat makarun"
................
Sementara itu , Damian dan Keluarga Kmesth yang memerhati tingkah laku William dan Luna ketawa kecil setelah melihat telatah Luna itu..haih." Gembiranya Will dengan Luna tu.." Kata Puan Sera." Along tak pernah buat macam tu dekat Natalie, kenapa perempuan tak guna tu jugak abang layan!" kata Natalie yang marah.Tuan Kmesth yang mendengar kata kata Natalie itu hanya menahan amarah yang membuak buak di dalam hatinya..haih, budak sorang ni mulut tak pernah kawal!.Tuan Kmesth beralih pula pada Damian yang masih tercegat di hadapan pintu itu seperti patung."Damian! bila boleh masuk ni" tanya Puan Sera yang tidak sabar untuk mengenali gadis cilik yang menambat hati anak lelakinya itu..walaupun William 9 tahun tetapi dia berperangai matang seperti orang dewasa mungkin kerana terpengaruh oleh kakak sulungnya." Ah , Puan dan Tuan marilah kita masuk sekarang ..mungkin Luna dan William sedang menyediakan makaron."
. .
. William yang sedang memecahkan telur itu memendang ke arah Luna yang sibuk memilih perisa untuk makaron mereka nanti.." Luna,dah fikir ke nak perisa apa?" " no...kita buat pelangi nak tak!" jawab Luna sambil melihat resepi makaron William itu." Boleh..( campur pewarna je pun)" .Luna yang duduk ditepi William mula rasa mengatuk dan tidak bermaya mungkin kerana bermain terlalu banyak tadi." Abang will... Luna nak gi tidur ,boleh tak?" kata Luna sambil menggosok mata yang semakin tertutup.Kemudian, William mengangkat Luna yang tidur di pangkuannya ke ruang tamu.William bergerak pula ke dapur untuk menyiapkan makaron buatnya..nanti tak siap habis satu rumah kena ceramah dengan si Luna, dia ni spesis pantang tengok orang tak buat kerja siap dan William pula pantang tengok orang tak hormat memang sepadan jadi adik beradik.Perangai diorang pun sama! keras kepala satu hal, tak boleh dicabar, bijak dan cantik/ kacak.Susah nak kawal otak terlebih aktif macam Will dan Luna ni
. .
. .ok. kita dah terlupa pasal Claude dan Athy so start dari harini saya akan menyelitkan cerita Athy dan Claude.

Tuan Kmesth dan Puan Sera melangkah masuk ke Istana Mawar yang menakutkan itu..mana tak seram kalau Istana dipenuhi pokok bunga mawar yang tumbuh di tembok ( Mawar sesat!) .Meraka melihat Luna yang sedang tidur dikerusi bersama William itu.William yang terdengar bunyi pintu bergesek itu mula bangun dari tidur.Alangkah terkejutnya William melihat Ibu bapa dan keluarganya di hadapan mata.Amarah William mula marak dan Luna mula terjaga selepas mendengar William menghembus nafas dengan kasar." Abang Will, ada apa apa ke?" Luna yang masih mengatuk tidak menyedari keluarga William di hadapannya." No, tak de pape. Abang Will kacau Luna tidur ke? Jom ..Will hantar Luna masuk bilik nak?" William yang marah itu mengangkat Luna untuk dibawa ke bilik, William tahu Luna tidak perasan keluarganya di hadapan Luna sekarang kerana Luna tidak berani memanggil William Abang Will jika ada tetamu..tetapi Luna akan menggunakan panggilan ' Will' sahaja." Tak nak , Luna nak duduk sini!" kata Luna yang masih mengatuk..." Ma-Makaron dah siap , Luna gi dapur hias makaron tu nanti abang Will datang" pujuk William supaya Luna pergi dari ruang tamu itu.Kemudian, Kakak sulung William, Emilia masuk ke istana Mawar.." KAKAK!" jerit Luna dengan lantang selepas melihat kakak angkatnya masuk ke Istana..." Kakak??" kata William dan keluarganya serentak." Abang Will ni kakak angkat Luna!" terkejut beruk William dan keluarganya mendengar kenyataan Luna....

BERSAMBUNG..

sorry!harini update lambat...esok i still tak sure akan update or not..kalau sempat la..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience