bab 12

Fantasy Series 697

Luna memulakan bersama rakan2nya Seth dan Farrah.Kaito pula sedang memeriksa pedang milik Farrah . Luna yang masih bersedih memulakan perlawanan.1 jam berlalu, Farrah , Seth dan Kaito sudah penat tetapi bukan Luna.Luna masih tidak berhenti berlawan dan kawan kawannya masih tidak sedar bahawa Luna sudah hilang kawalan.Seth sedang melihat Luna berlawan tetapi matanya menangkap sesuatu yang tidak kena pada Luna, lagipun Seth seorang yang boleh membaca gerak geri seseorang jadi dia mengarahkan Kaito pergi memeriksa kawannya yang sorang tu . Alangkah terkejutnya Kaito melihat mata merah Luna yang berwarna delima itu telah bertukar menjadi merah darah, dan dengusan nafas Luna menjadi tidak tentu arah.Dengan pantas Kaito khabarkan keadaan Luna yang kritikal pada Seth.Manakala, Farrah pergi ke istana dan meminta bantuan.

WILLIAM! WILLIAM! WILLIAM!, Farrah tidak henti henti memanggil nama abang angkat kawannya itu..sampai dia berhenti di bilik Claude.Claude, Chytholly, William, Lucas , Felix dan Athy berkumpul disitu.Kemudian, tanpa memikirkan apa apa Farrah melulu masuk ke dalam bilik itu lalu meminta bantuan William dengan tergesa gesa."William..tolong kitorang. Luna dah hilang kawalan. Mata dia dah jadi merah darah.tangan dia semua penuh darah.Kitorang tak boleh dekat dengan dia..tolong wei, kali ni dia dah tahap kritikal!" Farrah mengadu sambil menangis membayangkan wajah kawan baiknya itu. " KEADAAN DIA SAMA MACAM WAKTU HANNA KENA BUNUH!" Secara tidak sengaja mulut Farrah terlancang bercakap mengenai keadaan sewaktu pembunuhan Hanna.Waktu itulah peristiwa hitam dan tragis berlaku..musuh datang ke markas Elit secara tiba tiba, dan Hanna menawarkan diri untuk berlawan.Kemudian musuh menghunus pedang pada Hanna dan mengerat badan Hanna dihadapan ahli markas Elit.Luna hilang kawalan dan membunuh semua musuh yang ada disitu.William dengan keadaan terkejut menarik Chytholly untuk pergi ke tempat Luna . Felix dan yang lain mahu ikut jadi mereka perlu menggunakan teleport untuk ke sana.Claude dan yang lain duduk di pusat pemerhatian untuk melihat keadaan Luna manakala William dan Chytholly turun untuk membantu Seth dan Kaito yang cuba menenangkan Luna.Athy dan Lucas terpaksa duduk di pusat pemerhatian kerana Claude dan Felix dibenarkan turun kerana mereka diminta untuk membantu menenangkan Luna yang mengamuk bak Naga yang marah itu.

Luna tidak boleh mengawal tubuhnya itu, maka di terpaksa bercakap dengan William jadi dia pergi lebih dekat ke tempat William. William sedar Luna mahu bercakap dengannya jadi dia juga mendekat.Tolong..aku tak boleh kawal badan aku.Sihir tu dan kawal keseluruhan badan aku..adu Luna dengan suara yang cemas." Relax aku akan try tolong kau!" jerit William yang panik itu.Chytholly , Claude , Felix dan Farrah mendekati William yang kelihatan runsing dan risau itu." Awak ,kenapa ni?" tanya Chytholly dengan lembut, dia tahu suaminya itu sedang runsing memikirkan jalan untuk menyelamatkan adik kesayangan dia itu." Luna cakap dia takboleh control badan dia dah..sihir tu dah makan dia.. apa yang saya nak buat ni.." rintih William yang mengalirkan air mata..kalau dia salah satu langkah adiknya akan pergi buat selama lamanya.Dia tidak boleh kehilangan adik kesayangannya itu..Luna satu satunya orang yang di paling sayang dalam dunia , kedudukan Luna dalam hatinya juga kalah pada Chytholly .

Manakala Luna pula, sedaya upaya untuk mengawal kembali badannya..(haih payah aih, imaginasi taraf paling tinggi ni), inilah derita yang dikatakan oleh Letta itu, sebagai orang yang bertanggungjawab menahan derita itu dia perlu mengorbankan segalanya..termasuk nyawanya sendiri. Tetapi dia tidak mahu mati lagi, jadi dia berusaha untuk mengawal badannya lagi dan lagi berulang ulang kali!dan akhirnya berhasil selepas dia mendengar tangisan abangnya yang semakin menggila.Kang tak pasal pasal dari dia sorang jadi gila, abang dia pun ikut sama.Luna melepaskan pedangnya dan memeluk William.Tidak sampai 10 saat kepala Luna sudah lena di bahu William." eh...budak ni. Tidur pulak! penat aku menangis!" cepat cepat mulut William ditekup oleh Chytholly. Lalu William dimarahi Chytholly " Dia tengah penat tu, yang awak jerit ni kenapa! ingat senang ke nak bebas dari kawalan sihir! bersyukur la sikit dia try hard untuk awak!" satu tamparan hebat hinggap di muka William .Ingatkan Chytholly yang pukul, last last Luna yang pukul dia." Diam la sengal! aku penat kau tautak.Serius betul apa yang akak Chy cakap...kau ingat senang nak lepas.Tapi kan ada satu benda yang lawak.Aku dengar kau nangis kuat sangat sampai sihir tu lemah..hehe" kata Luna dengar nada penat. Semua disitu gelak mendengar ucapan Luna itu.Kemudian, Luna pengsan kerana penat. Claude mencempung badan Luna yang sudah bertukar menjadi 4 tahun itu.Dia bersyukur anaknya selamat dan masih bernyawa.Mereka semua pun pulang ke istana dengan gembira kerana Luna tidak apa apa.

nananana! inilah yang korang dapat bila berhadapan dengan author yang otak dia terlebih imaginasi dan aktif..bhabahahahah hadap lah korang..harini 2 chapter diupdate.Terlebih gula harini

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience