Luna diangkat oleh Claude masuk ke dalam bilik Claude dan diletakkan diatas katil.Claude memanggil semua berkumpul dan berbincang.
William menjadi sasaran keluarga diraja itu.Chytholly pula cuba menenangkan suaminya yang masih bersedih dengan kesilapan Luna." William kitorang nak tanya, macam mana Luna boleh jadi macam tu."Tanya Felix. Walaupun dia tiada kaitan dengan Luna dia tetap risau pada keadaan Luna." Ok, lets me explain it to you, Luna menyerap banyak sihir untuk tolong orang dan sihir tu makin lama makin berbelit belit dan tidak boleh dirungkai jadi, bila Luna marah atau sedih sihir tu akan bertindak balas dengan cara buat dia hilang kawalan.Sihir tu memang tak boleh dipulihkan , semua orang dah cuba. Lagipun, Luna tak nak lepaskan sihir tu sebab kalau dia buang ..nanti sihir tu akan pergi dekat Athy atau Claude sebab diorang pemilik asal sihir tu. Hilang kawalan itulah yang dicakap oleh Mummy Letta waktu buat persetujuan dengan Diana.Diana lah sebab Luna jadi macam ni, dia nak selamat kat korang tapi dia perlu korbankan diri dan Luna yang menjadi mangsa..Sampai Letta sendiri pun tak tahu nak buat macam mana." Terang William kepada ahli keluarga diraja itu.
Semua ahli keluarga diraja terkejut dengan kenyataan itu.Tak sangka Claude dan Athy sihat dari sumpahan tu sebab Luna..kalau Felix dan Lucas dah terkejut apalagi Athy dan Claude, diorang penyebab ni semua." Relax ,Tuanku.Luna sendiri tak salahkan tuanku sebab dia lagi marah dekat Diana dan Liana." kata Chytholly yang mahu menenangkan Claude yang hampir mengalirkan air mata, mungkin dia rasa terlalu bersalah.Dah tu buang je la..biar kitorang pulak tanggung lagipun tu dari kitorang kan!" kata Athy dia sudah bengang dengan emaknya sendiri." Kau ingat boleh ke! selama ni pun dia bagi mana kat korang berdua, nak pegang sihir alamatnya meninggallah korang!" Lucas pun bengang dengan si Athy ni..dia ingat kakak dia nak ke bagi, dah la Luna tu overprotective! Luka sikit dia mengamuk macam raksasa terlepas.
Luna terjaga selepas bunyi pekikkan dari bilik sebelah.Apa lagi dia pun jalan lah ke bilik yang Claude adakan perbincangan.Nak pula Luna datang tepat pada masanya untuk mendengar pergaduhan itu, hahah naik balik lah angin monsun dia tu."Tak payah mengada nak ambil balik, mummy Letta dah jaga Luna selama ni sampai boleh tanggung semua ni. So can you guys STOP TALKING ,IT'S 12 o' clock( malam) YOU KNOW! Punyalah bising sampai nak tidur pun payah!" amarah Luna sudah meluak luak dan dia juga sudah mengeluarkan tantrum miliknya." Dengar sini baik baik! Luna tak kan bagi pada sesiapa sihir bahaya ni..sesiapa try nak ambil siap korang! dan lagi satu..Luna bergantung dengan mana yang sihir ni keluarkan..jadi kalau kau orang keluarkan..Luna akan mati! faham!" jerkah Luna ,dia sangat marah dengan adiknya."Haih..nak tidur pun susah! Semak kepala aku dibuatnya dengan korang ni.Boleh tak sehari bagi aku aman sikit.Asyik asyik meletup je! buat sakit hati je..ish!" Luna mengamuk dan menghempas pintu bilik Athy yang menjadi tempat pengumpulan mereka itu.Mereka semua berasa bersalah pada Luna kerana menganggu tidur lenanya..siap pakej kena jerkah lagi.Hilang terus ayu Luna.
Athy, malam ni Athy tidur mana..nak tidur dengan daddy ke? tanya Claude pada anaknya itu." Nope, Kakak dah bagi misi kat Athy!" semua yang berada disitu tercengang..alahai, sakit sakit pun bagi misi." Apa misi Athy ,bahaya tak? tanya Felix pula..dia dapat rasakan muslihat yang budak dihadapannya rancangkan." Misi melindungi kakak Chytholly dari abang Will, kak Luna suruh abang puasa! Babahahaha, padan muka!"Mereka semua mula gelak kecuali William yang merajuk." hah, merajuklah panjang panjang! Athy up lagi seminggu!" " Hambik" tambah Felix..dia semakin geli hati dengan ucapan Athy. Dasyat si Luna ni.oi kasihani lah abang mu ini.." Sepatah perkataan lagi abang sebut Athy up sampai sebulan! nak!" " oi, tak nak taknak!" William berlari keluar dari bilik itu dan tarik chytholly masuk ke bilik sambil tersengih jahat.WOI, bak balik kak Chyt kat aku!
......................
Luna bangun dari tidur sekali lagi..dia mahu berjumpa dengan Seth , Kaito dan Farrah.Bosan sangat tu..
Dia mulakan perjalanan ke rumah mereka, The moonlight house.Rumah yang dia pernah tinggal buat dua bulan.Nak tahu tak kenapa Diana panggil dia Moonlight Princess, sebab dia ada satu rahsia yang perlu disimpan dari Claude dan yang lain.Lagipun majlis perjumpaan Raja raja akan berlansung lagi sebulan dari sekarang..Pastilah debaran terasa, kerana dia perlu menghadap Ketua menggunakan identiti lain dihadapan Claude.Bertukar menjadi Puteri Cahaya Bulan yang dikagumi oleh rakyat dan raja raja lain sehingga menjadi lagenda, dihadapan keluarga sendiri..memang taklah.Dia sayangkan Claude dan Athy lebih dari segalanya..dia juga sudah terjatuh cinta pada Lucas sendiri.Tapi dia sedar Lucas layak untuk mendapat gadis yang lebih baik darinya yang penuh sumpahan, selalu meracau, sakit dan Lucas juga mungkin menderita jika bersama dengannya.Dapat pula Puteri Cahaya Bulan ni spesis suka berlawan dan bertengkar.Huh! habis sejarah Obelia dibuatnya..sudahlah perangai berjangkit dengan Claude..suka membunuh, psiko dan boleh dikatakan jahat la jugak..Dua dua ada sejarah hitam membunuh rakyat tak bersalah.Claude membunuh semua orang yang berada di Istana Emerald dahulu..kerana marah pada Diana , orang lain kena tempias.Dia pula membunuh semua yang berada di dalam Istana Alpheus, sorang sorang! Semua sehingga tiada sisa..sampaikan masuk ke dalam buku sejarah hitam negara Alpheus, negara yang indah dan bersih bertukar menjadi tragis dalam sekelip mata..dan Puteri Cahaya Bulan juga dikenali sebagai Permaisuri Darah..selari pula dengan Claude yang digelar Raja Psiko tu. Haih, jika difikirkan balik dia dan Claude memang banyak persamaan tapi bukan yang baik tapi yang jahat tahap kritikal. Bagus sangatlah anak beranak dua dua masuk book of record sebab membunuh dengan kejam ! Salah satu benda yang sama dalam keluarga Obelia ialah mata berkilauan seperti permata berwarna biru , menandakan mereka orang yang tergolong dalam bakal pemerintah.Mata Athy juga berwarna biru dan seperti permata begitu juga dengan Luna.Tapi Athy , Claude dan Luna jika marah mata mereka akan bertukar menjadi pudar..warna biru yang berkilauan akan bertukar menjadi biru yang sangat menyeramkan seperti orang yang mahu menerkam mangsa.Lain pulak jadi kalau Luna ni..disebabkan sumpahan tu mata dia jadi merah so..merah demila bertukar jadi merah darah atau merah hitam..haha tragis betul! Orang yang tengok muka Luna pun boleh pengsan kalau tau dia Princess of Moonlight, harey!Muka comel cantik tapi perangai hampeh!
Setelah beberapa jam berjalan, akhirnya dia sampai juga ke rumah penuh rahsia dan 1001 kenangan manis mengenai dia dan rakan rakan..bermula dari awal perkenalan sehingga kini.Teringat pula waktu mereka dapat tahu yang mereka perlu menjadi housemate bersama sama .Tapi nak buat macam mana terdesak sangat! so redho je la..sampai satu hari rumah ni hampir nak kena dijual..so apa lagi dah sayang takkan nak lepas je ! beli lah! diorang berempat beli macam beli mainan..suka suki je tak bincang tak apa sorang bagi 1K nah hambik! Seth main lempar je duit tu kat si penjual. Marah sangat sebab diorang dah tahu yang mereka takkan keluar dari rumah ni..tapi degil nak mampus gi jual jugak..sekali kena lempar duit dengan anak raja dari Hendra..Anak raja yang tak reti bahasa! Yes ,anak raja yang tak mengaku diri putera.Spesis tak reti bersyukur! tapi takpe dia playboy jadi memang terkenal sampai ke Hendra.Last last Raja dengan permaisuri sendiri turun padang nak jumpa dengan putera sorang ni..Piakkk! telinga kena tarik panjang panjang macam cheese dengan mak sendiri..helok lah tu kitorang punya gelak pun permaisuri tak kesah sampai raja sendiri sokong kitorang gelak kuat kuat.Si Kaito pula lain cerita! dia lagi power.Bukan anak raja tapi pencuri..tapi bukan pencuri jahat tapi hantu..bukan HANTU oi, tu gelaran je..Pencuri hantu tu yang mencuri tapi bagi amaran dulu..lepastu baru diorang curi dan diorang suka mencuri waktu malam..selalunya diorang ni spesis nakal tak bertempat dan suka menyakat! tapi anak si Kaito Joker ni pulak..pulas telinga pun tak cukup! nak kena ugut dengan pisau kot baru nak jalan! Bapak anak sama je..Tapi anak dia ni spesial sikit kita kena tambah Playboy terhensem.Joker ( bukan joker yang cerita superman tu ek) pernah datang dengan isteri dia Queen, Kaito Queen dapat pulak ngam ngam pakcik dia nak ikut sekali..Pergh! rumah berterabur habis!Nasib si Farrah rajin..boleh jugak dia kemas semua dengan bantuan Queen dan Spade.Nak harap Joker, lagi bersepah la..
Farrah pula..si puteri jugak! tapi Puteri kepada Duke Reyhan.Yang ni spesis bersyukur tapi kelaut! ok, nak dipendekkan cerita si Farrah ni kena berdikari dan jadi sopan satun macam puteri disney! tapi alamatnya lagi garang jadinya..sopan 100%, adab 99% tapi baik dia 10% je..tapi seorang yang pengemas, patuh pada janji , semangat setia kawan, seorang yang berani dan baik hati..cuma garang tu je tak boleh control..rapi selagi encik tunang ' Seth' ada tiada masalah..secepat kilat dia jadi lembut.
Woi! takde orang ke kat rumah.= Luna
Kau ni tengok la pukul berapa sekarang ni!= Kaito
Farrah dengan Seth dah tidur kau nak apa perempuan..nak kacau pakwe aku ke!= marah Stephanie..girlfriend ke50 Kaito.
Eh..kau elok sikit ek perangai..tu kawan aku merangkap adik tak cukup umur aku! so hormat sikit..kang ada jugak yang kena halau!= Kaito sudah mengamuk pada Stephanie..bahaya ni
Kaito memang sayang pada Luna seperti adik beradik.Bila Luna sedih Kaito lah si peneman merangkap ubat yang memulihkan dia.Kaito memang dah tahu dah kalau Luna datang memalam macam ni..mesti ada apa apa masalah.Stephanie dihalau oleh Kaito..dah jadi ex la pulak, biar je , Come here, Luna. cakap sekarang apa masalah kau harini..I will try to help you, darling ( panggilan manja Luna) tanya Kaito..kawan dia sorang ni bukan spesis boleh tanya nak nangis depan dia..Luna pun menangis dan tertidur di atas paha Kaito .Lalu Kaito mengangkat Luna masuk ke bilik Farrah lalu mendodoikan Luna..Luna seorang yang lemah dan selalu mengalami kemurungan jadi dia sebagai kawan dan penjaga kedua Luna perlu selalu berada bersama Luna kerana dialah yang paling rapat dengan Luna selain William.Kaito keluar dari bilik selepas melihat Luna telah selesa memeluk Farrah yang tidur lena itu.
pagi menjelma matahari sudah mahu naik ke atas..Kaito dan Seth pula memasak sarapan untuk gadis gadis itu.
"Eh..kenapa kau masak dua telur ni..Farrah kan makan satu je."tanya Seth kepada Kaito." Luna ada kat sini..takkan kau nak dia makan pinggan pulak!" jawab Kaito sambil mengangkat pinggan ke meja." Ceh cakap la awal awal, dia menangis lagi ke.." tanya Seth kembali..baru sahaja Kaito mahu membuka mulut satu jeritan melaung di dalam rumah itu. Dengan pantas Kaito dan Seth berlari mendapatkan gadis gadis yang berada diatas.. " Wehhh! pesal ni! " Seth ternganga melihat tunangnya ketakutan melihat seorang budak perempuan berambut hitam tidur terbongkang di tepinya.. Sapa tu woi! jerkah Seth sambil mengangkat tunangnya dari katil itu." jangan lah jerit ! dia tidur ni..ish korang ni lama sangat ke tak nampak Luna sampai jerit ni." marah Kaito..boleh pulak kacau kawan sendiri tidur..iyap! Kaito juga terkejut melihat Luna bertukar manjadi budak kecil sewaktu tertidur di pahanya semalam." Luna??" serentak Seth dan Farrah." Napa ni.." tanya Luna dengan suara serak basahnya.." Tak da pape, tidur lah dulu..semalam kau tidur lambat kan." Kaito menyelimutkan Luna dan memasang penghawa dingin untuk Luna." Dah jom turun makan!" dengan garangnya Kaito menjeling Seth dan Farrah yang dari tadi hanya tersengih sengih.
Luan bangun dan bersarapan seorang diri. Kaito sudah ke pejabat bersama Seth.Farrah keluar membeli barang rumah..jadi ,tinggallah dia seorang diri di rumah itu .Luna bersedia untuk keluar dan balik ke Istana kang tak pasai pasai kecoh satu istana cari dia..
Sampai di istana Luna terkejut melihat lady lady( maid maid) lari ke sana sini." PUTERI! haih penat kitorang cari oooi" berkerumun lady datang untuk menyambut Luna dengan kalut." Cepat Luna dah tak ada masa ni! kang lambat nak pergi majlis tu!" Senna lady kepada Luna berlari menolak Luna dan mencampakkan baju khas untuk majlis yang istimewa itu."Jom cepat hias muka Luna ni!"Oip tak payah Luna bertukar jadi kecik balik senang!" dengan pantas Luna menolak pelawaan makeup dari Senna tu..kalau nipis tak pe lah jugak..ni punyalah tebal!" Hah okok" balas Senna." cepat masuk kereta kita kena bertolak pergi asfrost sekarang!" arah Lucas yang sibuk membutangkan bajunya itu..Luna pergi ke Lucas dan membantunya." Siap! jom jalan." ajak Luna kepada Lucas.Felix pula mengangkat puteri sulung itu masuk ke dalam kereta diraja.Claude yang menunggu disitu menyambut Luna dari Felix dan mengendong Luna dan Athy." Felix kamu pergi siap dulu! saya jaga budak2 ni" " Baik tuanku!"
Mereka semua masuk kedalam kereta dan bertolak dengan pantas.Athy sedang tidur di dalam kerusi baby itu manakala Luna cuba melepaskan diri dari kerusi itu.Tali pinggang keselamatan itu menyesakkan !"Daddy! rimas la.." Adu Luna yang mula marah dengan kerusinya itu.Felix cepat cepat mengangkat Luna dan memangku Luna duduk di pehanya.Mereka semua selamat sampai ke destinasi."Kenapa kita kalut nak pergi sini!"marah Luna..buat apa kalut nak pergi rumah kakak angkat sendiri.
Tiba tiba " Ketibaan yang berhormat Raja Claude de Alger Obelia dan keluarganya." Secara terkejut Athy bangun dari tidurnya dan memulakan tantrum di hadapan tetamu"Ape korang ni tak pernah nak tengok orang tidur lena ke..tautak aku dah tak tidur 1 hari bagi la peluang..phef phef" Mulut Athy ditutup oleh Luna dengan kasar.Athy dan Luna dijeling oleh Claude dan Lucas..boleh pulak korang buat kecoh dekat majlis orang.." Eh..Luna dari keluarga Obelia ke ,sayang..meh kat kakak" kata satu suara dari atas..iyep tempat duduk ratu kerajaan Asfrost ,Emilia Kmesth." Eh..Kakak!" Luna berlari ke pangkuan Emilia dan duduk bersama dengan Emilia..Lucas , Claude, Felix dan Athy tercengang mendengar Luna dan Emilia membahasakan dia ' Sayang, Kakak' Hedeh dia buat lagi.."Tuanku ratu yang mulia, patik rasa tuanku sudah salah orang..itu ialah Luna de Alger Obelia , anak kepada Raja Claude de Alger Obelia" Terang Felix sambil menahan marah pada Luna..boleh di lari pastu duduk kat ratu macam kakak sendiri..kalau betul takpa la jugak." Nope, betullah ni, budak kecik nakal ni lah yang saya selalu jaga dekat Istana Mawar dengan adik saya, William Kmesth" kata Emilia..dan sekali lagi keluarga Obelia kena shock dari baginda..haih, William adik ratu rupanya..kata Claude dengan nada malas kelaut." Luna ni lah yang selalu bantu dalam perang Asfrost..kan? puteri perang Asfrost." Emilia mengeletek Luna sambil bercerita pada Claude dan yang lain." Dia ni dulu, suka sangat merayau sana sini..main dengan kasatria Darrel( kawan Luna), menari dengan maid..lepastu paling hebat lembutkan hati si Natalie tu..apa yang digunakan entahlah.Tapi yang saya tahu semua orang kat Asfrost rapat dengan dia, friendly sangat." terang Emilia." Saya kenal dia pun dekat Elit, tiba tiba pegang tangan saya sebab nak lari dari William.Lepastu kitorang jadi kawan and semua ahli keluarga saya rapat dengan budak sorang ni..sampai kalau hujung minggu saya atau Will tak bawak dia balik rumah Kmesth habis..kena denda dengan Mummy." kata Emilia lagi." Kakak kena marah dengan Mummy ekk.." Krak..Ketibaan yang berhormat Duke Kmesth dan pasangannya Puan Besar Sera."Eh..hunny. Buat apa kat sini, bukan Luna tak suka main dengan kakak ke.." Puan Sera mencuit hidung anak angkat kesayangannya itu." Luna , datang dengan daddy..mummy dengan papa kata nak jumpa daddy ngan Athy kan?" Kata Luna sambil menunjukkan jari ke arah Claude yang duduk di singgahsana istimewa itu." Daddy..Mummy dengan papa nak jumpa daddy ngan Athy!" " Sapa pulak Mummy dengan papa dia ni.." tanya Claude yang tidak memberi perhatian pada Luna sebentar tadi."Tuanku, Papa tu tuan Kmesth la..Mummy tu Puan besar Sera."Terang Felix dan..Pfuuf!Calude tersembur air yang diminumnya.Dasyat betul anaknya itu.Rapat dengan orang orang besar dan berkawan dengan ramai orang hebat!Siap jadi anak angkat keluarga Kmesth yang penuh pengaruh tu.." Jom kita buat perjumpaan keluarga Kmesth dan Obelia.." Tanya Sera pada Claude dan suaminya." Lucas ngan Felix! korang kena ikut..sebab korang sebahagian dari family Obelia" kenyataan Luna membuat Felix dan Lucas tsrcengang..tak sangka puteri itu membuat keputusan untuk memasukkan mereka kedalam keluarga Obelia.." Daddy setuju! lagipun mereka dah banyak berjasa dengan kita." Luna tersengih melihat Felix yang sudah merona nerah dan Lucas yang sedang mencarut dalam hati." Mummy, jom buat makan malam family macam haritu. tapi tambah daddy dengan yang lain" kata Luna dengan riangnya." Ok! jom..malam ni, jemputlah datang ye." ajak Puan Sera." Kami amat berbesar hati untuk menerima jemputan puan..tapi Luna..." percakapan Felix digantung kerana Puan Sera memotong" Luna , Mummy bawak balik! Majlis batal tunda minggu depan" " Pruff! tersedak bangsawan yang lain manakala Luna sudah terkaku di pangkuan Puan Sera.
tara tara..Luna ni memang pelik..semua majlis dirosakkannya!
Share this novel