BAB 4

Drama Completed 298

"Kakak, boleh tanya tak?" Soal Im pada suatu malam. Ketika itu kami baru sahaja selesai makan malam. Roommateku yang muda setahun ni lebih senang memanggilku dengan panggilan 'kakak'. Aku pandang Im dengan rasa pelik. Selalunya Im tak sesopan macam ni... Aci redah aje kalo nak tanya atau cakap apa-apapun.

"Tanya aje la.."

"Kenapa kakak selalu turun Shah Alam ? Jumpa sape? Pakwe ek?" Soalnya dalam nada bergurau. Mungkin takut aku terasa hati. Mungkin takut serkap jarangnya tak mengena. Ye la.. Selama ni dia jarang busybody dengan hal peribadiku.

"Ni kes nak kitak rek rahsia la ni ek?" Balasku dalam tawa.

"Hehehe.. Lebih kurang la! Orang tengok kakak asal cuti panjang sket aje, mesti turun Shah Alam . Mahal tu tambang dari sini ke Shah Alam . Letih badan lagi naik bas. Kakak jumpa sapa kat sana?"

Aku tersenyum. Membayangkan Hadri di sana. Rindu padanya mula hadir. Sabar.. Lusa aku akan menemuinya seperti yang telah kami rancangkan. Senyumanku meleret lagi.

"Jiwa kakak. Kakak tinggalkan jiwa kakak kat sana.. Sebab tu kakak selalu turun sana.."

"Isk, kakak ni! Abis kat Kedah ni cuma ada jasad kakak je la ek? Dah jiwa kat sana.."

Terkekeh-kekeh Im ketawa. Mungkin lucu pada pendengarannya. Bantal Sponge Bob dicampakkan ke mukaku. Lantak kitak la Im nak percaya ke tak.. Bila kitak dah belajar bercinta, kitak tau la macam mana..!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience