BAB 7

Drama Completed 298

"Pisah?"

Aku menganggukkan kepala. Sejak rahsiaku pecah, mak sentiasa mengawasi pergerakkanku. Buku bank berada di tangannya. Bila-bila masa sahaja dia boleh mengesan pergerakan duit pemberiannya. Setiap masa dia akan menghubungi untuk mengetahui apa yang aku lakukan. Malah orang-orang yan terdekat denganku juga dijadikan 'spy' untuk mengawasiku. Pergerakanku semakin terbatas.

"Kenapa?"

"Kamek dah tak sehaluan! Hadri pentingkan diri. Hadri selalu curang belakang Ina..!" Itu alasan yang ku fikirkan wajar untuk berpisah dengannya.

"Mana ada! Ina, napa tiba-tiba minta putus ni? Ina dah dapat lelaki baik ke? Sapa? Joe ke?" Nama lelaki tidak berperasaan itu disebutnya. Lelaki yang pernah mengecewakanku satu masa dulu.

Tangannya yang cuba meraih tanganku, segera ku tepis. Jangan sentuh aku.. Aku takut sentuhanmu akan buat aku lemah untuk meneruskan 'lakitak nan'ku ini..

"Ya! Kamek dah couple dengan Jo! Jo lelaki baik. Dia boleh membahagiakan Ina. Masa depan Jo pun cerah. Tak macam kitak !" Dalam kepala, aku mula merencana tindakanku selepas ini. Rancangan agar lakitak nanku ini bertambah mantap. Joe akan aku hubungi. Aku akan berpakat dengannya. Joe harus mengakui aku sebagai teman wanitanya sekiranya Hadri menghubunginya.

"Kenapa Ina? Kamek boleh mati kalo awak tinggalkan kamek ! Ina nak kamek mati ke? Awak nak kamek wat ape supaya awak tak tinggalkan kamek ? Terjun bangunan? Terjun lombong? Kamek sanggup! Asalkan awak tak tinggalkan kamek ! Ina.."

Aku pandang wajah Hadri yang sudah dibasahi air mata. Aku pejam mata seketika. Mengumpul kekuatan. Menahan air mata dari mengalir. Maafkan kamek , Hadri .. Kamek terpaksa!

"Lupakan kamek ! Buang semua barang yang mengingatkan kitak pada kamek . Buang mesej-mesej kamek . Buang nombor kamek dari handset kitak ! Lupakan kamek ! Jangan cari kamek lagi.."

"Ina! Apa salah kamek ?!"

Panggilannya aku biarkan. Langkah pantas ku aturkan. Aku pekup tapak tangan pada mulut. Menyembunyikan tangisan yang mula mengeluarkan iramanya. Kitak tidak bersalah Hadri .. Keadaan yang memaksa kamek jadi macam ni. Maafkan kamek , kamek terpaksa.. Kamek sayang awak.. Tapi.. Maafkan kamek ..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience