BAB 6

Drama Completed 298

Papp! Gambar aku bersama Hadri dicampakkan ke atas meja. Gambar kami sedang duduk tersenyum di atas batu besar ketika berkelah di air terjun di Rachan. Kenangan indah bersama Hadri dan rakan-rakanku yang bertujuh itu segera muncul. Kejadian Hadri hampir lemas di air terjun itu. Birthday party Sofi di tepi air terjun. Parti barbeque kami di situ. Kitak nvoi tiga buah kereta Kancil. Indah sungguh kenangan itu! Kad-kad pemberian Hadri dilempar ke mukaku. Segala pemberian Hadri dilambakkan di hadapanku.

"Apa semua ni, Ina?"

Mendengar suara mak yang ibarat halilintar itu, kakiku serta-merta menjadi lembik. Entah bila kalanya aku sudah melutut di hadapan mak dan abah. Rahsiaku sudah bocor! Mak sudah menemukan buktinya.. Barang-barangku habis diselongkarnya!

"Mak hantar kitak belajar jauh-jauh bukan untuk bercinta dengan budak tak senonoh ni! Mak suruh belajar!"

Jerkahan mak membuatkan aku tersentak. Mukanya bengis. Dia mundar-mandir di situ. Abah cuma duduk memerhati di sofa. Adik-beradikku yang lain langsung tak berani masuk campur. Cuma menikus di dalam bilik.

"Ina cintakan dia, mak, abah!"

"Kepala hotak kau cinta! Engkau dah tak tahu halal haram lagi ke? Tinggi-tinggi belajar pun masih tak tahu nak pilih orang nak dibuat laki? Tak guna hantar kau pergi Universiti kalau akal tu tak reti guna." Giliran abah pula memarahiku. Air mataku mula berlinangan.

"Mak.. Abah.. Semua benda dalam hidup Ina, mak dan abah yang tetapkan. Hatta jurusan apa yang Ina nak amik kat U pun mak abah yang tentukan. Boleh tak dalam soal cinta ni Ina yang wat pilihan sendiri?" Rayuku.

"Ina! Kau dah giler ke? Kau jangan nak bagi malu mak abah! Kau nak sedara-mara, orang kampung mengata aku, ya? Tak pernah-pernah dibuat dek keluarga aku . Kaau jangan nak berdrama swasta kat sini pulak!" Tengking mak. Kepalaku ditujal-tujalnya. Tak cukup dengan itu, ditonyohnya pula kepalaku ke sofa.

"Abah memang dah tak berkenan dengan dia masa mula-mula kitak kenalkan kami dulu.. Perwatakannya, background keluarganya memang abah tak berkenan. Masa dia tidur sini, abah terdengar perbualan kamu berdua. Abah fikir abah salah dengar. Sebab abah tau Ina budak pandai dan tak kan wat benda yang tak masuk akal. Tapi bila bukti dah terbentang depan mata.. Abah memang betul-betul tak sangka yang Ina boleh jadi bodoh sampai tahap macam ni!"

"Ina.. Ina minta maaf.." Deraian air mata bagai tiada penghujungnya lagi.

"Patut la dia wat baik aje dengan kami, dengan kau ! Siap tolong amik jubah kau konvo lagi. Ingatkan betul-betul budak baik. Rupanya ada udang sebalik batu! Dasar budak tak guna! Mak ayah bercerai-berai, anak-anak jadi hantu..!"

"Jangan tuduh dia macam tu, mak abah! Hadri ikhlas sayangkan Ina!"

"Ikhlas kepala otak kau ! Sekali lagi kau sebut nama tu, penampar naik ke muka kau nanti!" Ugut mak. Esakku semakin kuat. Hadri , bantulah aku.. Bantulah aku mempertahankan cinta kita ..

"Mak, Ina sayang Hadri .."

Pang!! Berpusing badanku menahan tamparan mak. Hampir-hampir sahaja dahiku mengenai bucu kerusi. Pedih dan panas pipi kiriku. Jijik benar mak mendengar nama Hadri sehingga dia sanggup menamparku. Walhal tak pernah pun dia mengasariku sebelum ini.

"Putuskan hubungan kau dengan budak tu.. Kalo tak, berhenti belajar! Duduk rumah dan tunggu orang meminang.. Dia bukan jodoh kau! Dia tak layak pun jadi pakwe kau, apatah lagi suami kau! Jangan nak mimpi la..!"

"Abah tak kisah macam mana cara sekali pun kau nak buat. Yang penting, tinggalkan budak tu! Kalau tak, abah tak mengaku kau anak abah lagi.."

"Ingat, Ina! Mak yang bela kitak sejak tapak kaki kitak tu sebesar dua jari. Mak tau apa yang terbaik untuk kitak . Ina tak ada hak nak bantah. Makan pakai Ina pun mak yang tanggung lagi! Dengar cakap mak ni! Kalo Ina masih dengan dia, mak tak kan izinkan Ina jejak rumah ni lagi. Dan mak tak kan halalkan air susu mak yang mengalir dalam badan Ina. Ingat Ina! Lupakan dia!"

Terjelepok aku di situ. Menangisi nasib cintaku. Tiada pilihan diberikan padaku. Aku sayangkan keluargaku, mak abah.. Aku juga sayangkan Hadri . Dan pelajaranku. Ya Allah, beginikah pengakhiran sebuah cinta..?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience