Lagu Hanya Kau Yang Mampu nyanyian Aizat membingitkan lubang telinga. Pasti Hadri ! Ringtone itu sengaja aku assign untuk panggilan daripadanya. Kerana hanya dia yang mampu.. Mata pantas ku celikkan. Jam di meja aku pandang. 2.30 pagi. Masih tak tido?
Panggilannya bertukar menjadi missed call. Beberapa saat kemudian, dia kembali menghubungiku. Aku pantas menekan butang hijau. Takut roommateku terjaga dari lenanya.
"Helo.." Ujarku perlahan.
"Ina, Hadri ni.. Sori kamek ganggu awak malam-malam ni!" Dia turut berbisik di hujung talian sana. Mungkin terikut-ikut dengan nada suaraku yang rendah ketika menjawab panggilannya tadi. Istimewanya hubungan kami, Hadri menggunakan kata ganti nama 'kamek -awak' apabila berbual denganku. Manakala aku pula membahasakan diri sebagai ‘kamek-kamek k’ dengannya semenjak hubungan kami bertambah rapat.
"Tak ape.."
Menjawab panggilan Hadri di awal pagi bukan lagi satu keanehan bagiku. Ianya telah menjadi rutin. Rutin seandainya kami sibuk dengan kelas, assignment, tutorial dan aktiviti-aktiviti lain pada waktu siang sehingga menghalang kami dari bertemu.
"Ina, kamek dah jatuh cinta!" Ada nada teruja ketika ayat itu dituturkan. Tiada rasa kehairanan terbit dalam diriku. Bukankah selama ini Hadri memang dah jatuh cinta dengan Killa ? Saban hari bercerita tentang kecantikan, kebaikan dan keistimewaan Killa . Tapi baru-baru ini nama Killa seakan-akan hilang dari ingatannya. Mengapa ya? Kepala aku sandarkan ke kepala katil. Biji mata pula aku besar-besarkan. Cuba menahan kantuk yang datang.
"Itu kamek tau la. Kitak kan memang dah lama jatuh cintan-cintun dengan si Killa @ perempuan Melayu terakhir tu!"
"Bukan! Bukan!" Tingkahnya lantang.
"Habis? Dengan pompuan malang mana pulak?"
"Awak! Kamek jatuh cinta dengan awak, Ina!" Jeritnya.
"Hah?" Am I dreaming?
"Selama ni kamek buta kerana tak dapat menilai 'kecantikan' awak. Tapi sekarang, kamek dah tak buta lagi. Kamek cintakan awak, Ina!" Hadri meneruskan biacaranya dengan penuh yakin.
Bulat mataku mendengarnya. Hadri .. Jangan la bergurau dalam soal hati dan perasaan ni.. Pagi-pagi buta pulak tu!
"Kitak ni mamai ke mereng? Hari ni bukan April Fool la!" Kataku garang.
"Kamek tak tipu! Kamek cintakan awak. Bukan Killa ! Bagi kamek masa dan peluang. Kamek akan buktikan yang kamek cintakan awak.."
Hatiku kembang dek kerana kegembiraan. Bibirku tak putus-putus mengukir senyuman. Terasa seperti kehidupan seorang 'Ina' bermula pada hari ini. Akhirnya Hadri .. Cinta kitak milik kamek .. Kalo selama ni kamek cuma mampu mencemburui perhatian yang kitak berikan pada Killa , tapi kini kitak milik kamek .. Kamek sayang kitak , Hadri ! Lebih dari apa yang kitak tau!
Share this novel