Cuaca sudah bertukar rupa. Gerimis mula menyirami bumi. Aku masih di situ. Tetap tak berganjak walaupun sedikit. Menunggu kedatangan Hadri . Hadri tiba setengah jam kemudian dengan memayungi seseorang. Dia melangkah dengan penuh yakin. Di sisinya, seorang gadis yang berpuluh-puluh kali ganda cantik dan seksinya dari aku. Wajah gadis itu masam walaupun tangan Hadri erat menggenggam jarinya yang runcing.
'Kamek akan jumpa awak dengan girl kamek !'
Itu syarat yang dikenakan ke atasku dalam pertemuan yang mungkin untuk terakhir kalinya ini.
Hadri mengarahkan gadis itu berteduh di bangunan berhampiran. Payung diserahkan pada gadis itu. Dan Hadri mendapatkan aku dalam renyai hujan yang semakin lebat itu.
"Ada apa hal?" Soalnya kasar dan tanpa perasaan.
"Kamek rindukan awak.." Jawabku perlahan. Nyaris-nyaris tenggelam dek bunyi hujan.
Hadri ketawa sinis. Matanya dilarikan dari memandang wajahku. Apa sahaja selain wajahku menjadi perhatiannya. Apa sahaja asalkan bukan wajahku. Benci benar kitak pada kamek Hadri ..
"Awak yang tinggalkan kamek , sekarang awak rindukan kamek pulak. Awak ni dah kenapa? Tak siuman?"
"Balik pada kamek , Hadri !" Rayuku. Air mataku sudah bercampur-aduk dengan titisan hujan.
"Semudah itu? Tak mungkin! Setelah apa yang awak buat. Kamek hampir mati sebab menderita ditinggalkan oleh awak!"
Aku mengangguk. Tahu akan penderitaannya melalui mesej-mesej dan panggilannya yang jarang-jarang aku sambut. Aku butakan mata, pekakkan telingaku, keraskan hati berhadapan dengan penderitaannya pada ketika itu. Hakikatnya hatiku hancur memikirkannya.
"Kamek sayang girl kamek . Dia baik. Kamek tak mungkin tinggalkan dia untuk awak yang dah tinggalkan kamek bertahun-tahun dahulu! Lupakan kamek . Hiduplah dalam kehidupan awak selama ni.."
"Kamek sayangkan kitak , Hadri ! Tak kan semudah ni kitak lupakan kamek ?"
"SAYANG? Awak tinggalkan kamek . Macam tu ke cara awak sayang pada kamek ?"
Terjengil matanya memandangku. Orang yang lalu-lalang sedikit pun tidak kami hiraukan. Biarkan saja mereka melihat ke mana takdir membawa cinta ini pergi.. Bagaimana hancurnya sebuah cinta..
"Kamek terpaksa tinggalkan awak.. Kamek terpaksa... Kamek menyesal sekarang! Kamek dah sedar yang kamek tak mampu hidup tanpa kitak .."
"Awak, lupakan kamek ... Awak dengan kamek masing-masing dah ada kehidupan sendiri lepas kamek berpisah. Anggap benda ni macam sejarah aje la. Lupakan okey? Jaga diri. Hidup baik-baik!"
Kata-katanya umpama belati yang menikam jantungku. Rasa cinta ini membunuhku..
Hadri angkat kaki. Berlalu dariku lantas menggamit teman wanitanya. Namun langkah gadis itu bukan ke arah Hadri . Sebaliknya ke arahku.
"Kitak ni apa hal? Menyesal tinggalkan Hadri dulu ke? Kitak ni tak tau malu ke, hah? Dah ludah pastu nak jilat balik! Ape kitak ni dah tak laku sangat ke sampai nak rampas boy aku pulak? Jangan ganggu Hadri lagi. Faham?!"
Gadis berwajah masam itu berlalu. Mendapatkan Hadri dan mengepit lengan Hadri . Sempat dia memberikan jelingan tajam sebelum berlalu meninggalkan tempat itu. Aku cuma kaku di situ. Menangisi cinta yang telah berlalu pergi. Dan hujan semakin lebat membasahi bumi..
Hadri yang aku sayangi,
Aku menyaksikan pudarnya sinar cinta di matamu,
Hilangnya desah nafas cintamu padaku,
Dan tandusnya kalimah cinta di bibirmu..
Ketahuilah aku kini bahawa
Cinta yang pernah aku khianati kini mengkhianatiku,
Meninggalkan rasa derita yang bisa membunuhku..
Hadri yang aku sayangi,
Tak bisakah kau memahami mengapa aku meninggalkanmu?
Tak bisakah kau melihat sinar mataku yang sirna?
Tak bisakah kau mengerti mengapa aku menyeksa diriku sendiri?
Menidakkan rasa cinta yang membara dalam hati ini..
Gagalkah aku memperlihatkan isi hatiku padamu?
Hadri yang aku sayangi,
Ku mohon jangan kau membenci diri ini..
Ku mohon jangan kau 'rosak'kan dirimu atas kekecewaan ini..
Kerana melihatmu 'hancur' seperti melihat kehancuran diri ini..
Tabahlah sayangku,
Tabahkanlah hatimu..
Kerana aku perlu meminjam ketabahanmu untuk meneruskan perjalanan hidupku ini..
Kerana aku cinta kamu..
Gadis yang dicintainya,
Cintailah dia seadanya dan selamanya..
Kerana cintanya utuh, seutuh Taj Mahal,
Selagi hatinya tidak kau khianati..
Jangan kau peduli diriku ini,
Kerana aku cuma masa silam yang menyakitkan dirinya..
Hadri yang aku sayangi,
Air mataku ini akan sentiasa mengiringi kebahagiaanmu, sayangku..
Kerana aku mencintaimu..
~eury~
*** Kisah ini diadaptasi dari kisah benar... 'Hadri ' kini bahagia bersama teman barunya. 'Ina' pula masih menjalani 'hukuman' atas perbuatannya mengkhianati sebuah cinta. Love is love.. And nobody can deny its existence, unfortunately.. This story is specially dedicated to you, Shark.. I love you! Without you, I won't be here..
Share this novel