BAB 2

Romance Completed 3506

Pak Jamil yang tidak langsung bersalah dihina dan dicaci oleh Mak Munah kerana statusnya bujang terlajak. Mak Munah memang sudah biasa dengan perangainya. Membawa mulut kepada orang ramai.

“Hihihi...Jamil ! Jamil ! Apalah nak jadi dengan kau tu. Dah la terlajak tua" Mak Munah tergelak kecil sambil jarinya tangkas bermain telefon pintar. Masih terasa geli hatinya bila difikirkan tentang Pak Jamil.

Tiba-tiba, anak Mak Munah, Saleha datang dan duduk berhadapan dengan Mak Munah. Saleha hanya memandang wajah Mak Munah yang masih seronok memikirkan tentang Pak Jamil.

“Mak! Saleha nak cakap sikit" tegur Saleha.

Lantas, Mak Munah meletakkan telefon pintarnya.

“Kacau je lah kau ni. Cepat sikit cakap tu" Mak Munah mengerutkan dahi. Mana tidaknya, tengah seronok bermain game.

Saleha masih lagi memandang wajah emaknya sambil tangannya disilangkan. Mak Munah naik hairan dan mula menyoal.

“Apesal kau ni? Muka macam marah sikit"

“Tolonglah Mak" Saleha mula bersuara selepas itu. Nadanya seperti merayu kepada Mak Munah.

“Apa yang tolong?" tanya Mak Munah pelik. Perlakuan anaknya terlalu pelik sehinggakan mengundang perasaan hairan dalam diri Mak Munah.

Apa pula minta tolong? Apa kena dengan Saleha harini? getus hati Mak Munah.

“Mak! Tolonglah berhenti bergosip tentang Pak Jamil. Saleha dengar semuanya petang tadi" marah Saleha.

Mak Munah terkejut. Tetapi, dia langsung tidak menghiraukan kata-kata Saleha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience