BAB 5

Romance Completed 3506

“Memang bukan semua perempuan yang suka mempermainkan lelaki. Hanya nak harta. Tetapi, aku dah tutup pintu hati rapat-rapat. Biarlah aku hidup keseorangan walaupun umur dah mencecah 46 tahun"

#brokensoul #Terlajaklaris

Perlahan-lahan air mata Saleha bergenang. Betulkah semua ini? Tidak dia sangka yang bujang terlajak juga menghadapi seksa di dunia. Sedangkan ada orang yang masih mengata.

Saleha mahu Mak Munah cepat-cepat berubah daripada dibelenggu dosa.

Ya Allah! Berdosakah dia selama ini kerana hanya membiarkan Mak Munah bebas bergosip? Berdosakah Saleha selama ini kerana hanya diam sewaktu dia boleh berbicara kepada Mak Munah ?

Jika dia pun ada dosa, Saleha akan betulkan segala-galanya......

Kecoh satu kampung angkara mulut Mak Munah membawang dan menjoyah tahap kritikal. Boleh dikatakan setiap daripada penduduk kampung sudah tahu dengan status Pak Jamil sebagai ‘bujang terlajak'. Dimana sahaja Pak Jamil berjalan, di situlah mesti ada kata perlian dan hinaa. Tapi, Pak Jamil hanya tersenyum kelat biarpun hatinya luka. Tiada apa yang boleh dia lakukan.

Hari ini, Saleha terus berlari pergi ke rumah Pak Jamil. Sampai sahaja di pintu hadapan, dia terus mengetuk muka pintu dengan perlahan. Sebelum itu, dia juga agak terkejut dengan rumah Pak Jamil yang sangat kecil. Memandangkan rumah Pak Jamil berada jauh daripada penduduk kampung, tiada sesiapa yang pernah melalui rumahnya.

“Assalamualaikum" ucap Saleha untuk kali pertama.

Tiada sahutan. Suasana sunyi sepi ditemani bunyi cengkerik.

Buat kali ketiga Saleha memberi salam, juga tiada sahutan. Dengan kerisauan, Saleha memulas tombol pintu yang berkarat dengan perlahan-lahan.

Lantas dia matanya terpaku pada satu susuk tubuh badan yang sudah terkujur di atas lantai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience