BAB 3

Romance Completed 3506

“Sibuk ja kau ni! Pergi masuk bilik!" suruh Mak Munah. Saleha hanya menatap wajah emak. Memohon agar emak berubah dengan segera.

Saleha masih tidak mengalah. “Mak! Tolonglah jangan menghina orang lain. Mak tak tahu apa perasaan mereka. Janganlah mak mengutuk bujang terlajak. Saleha malu!" tegas Saleha.

Mak Munah menjegilkan mata. Hatinya sudah panas. Pantas sahaja dia mencapai telefonnya dan melangkah pergi dari situ.

Saleha ditinggalkan berseorangan. Dia menarik nafas.

Malam itu juga, Saleha mengambil telefonnya dan terus membuka Twitter.

“Assalamualaikum. Kepada sekalian bujang terlajak laris yang ingin meluahkan perasaannya, boleh DM saya sendiri. Jangan lupa sertakan sekali #terlajaklaris" Saleha terus menaip dengan laju dan dia menekan butang send dan terus menunggu.

Dalam masa 15 minit sahaja, mesejnya telah banyak mendapat ‘retweeted' dan ‘like'. Saleha terus memeriksa Twitter miliknya dan mendapati bahawa terdapat lebih kurang tiga puluh personal message yang dihantar kepadanya. Mulut Saleha terlopong serta merta.

Selepas sahaja dari itu, Saleha terus membuka satu persatu mesej yang dikirim. Dia mula meneliti setiap mesej.

Kes 1, #terlajak laris #lelakimisteri

“Salam...Sebenarnya, saya agak malu-malu untuk meluahkan isi hati yang lama terbuku. Tetapi, alang-alang cik sudah tawarkan diri, saya mahu melepaskan juga"

“Saya adalah seorang bujang trang trang terlajak laris yang sudah berumur 49 tahun. Hahaha...Satu tahun sahaja lagi untuk menghabiskan separuh abad"

“Tapi, bukannya kerana tak mahu kahwin atau tak ada calon. Cuma ibu saya sakit tenat dan terlantar"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience