BAB 8

Romance Completed 3506

“Sudah! Kenapa masih nak mengata kepada Pak Jamil ? Dia tak salah" nada Saleha mengejutkan semua orang kampung termasuk Mak Munah.

“Pernah tak kita fikir kenapa Pak Jamil membujang sampai sekarang. Hmm..tak pernah. Apa yang kita tahu adalah mengumpat" sambung Saleha.

Suasana ketika itu sudah sunyi sepi. Saleha memerhati setiap penduduk kampung.

“Kalau nak tahu, Pak Jamil bukannya tak nak kahwin. Tapi, keadaannya yang miskin, tiada harta yang membawa dia kepada bujang terlajak. Dia cakap dekat saya, dia terima semua ni"

“Begitu tabah hatinya. Dia minta maaf kepada kita semua. Dan dia bagitau bahawa dia dah maafkan kita semua. Kenapa mulut korang semua jahat sangat?" Saleha marah.

Dia mahu mempertahankan maruah Pak Jamil.

Mak?" soal Saleha sambil memandang Mak Munah. Mak Munah hanya mengelak pandangan.

“Tolonglah! Fikirkan hati dan perasaan golongan sebegini ni. Takkan lah kerana status itu, dia dihina, dicaci" tutur Saleha.

“Kita tak tahu hati mereka. Kenapa kita masih nak menilai orang? Cerminlah diri sendiri sebelum menilai orang lain" kata Saleha. Air matanya jatuh ke pipi.

Lalu, Saleha melangkah pergi dari tanah perkuburan itu setelah meluahkan segalanya. Dia meninggalkan orang kampung yang sudah tertunduk malu dengan sikap mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience