BAB 6

Romance Completed 3506

“Ya Allah! Pak Jamil !" Saleha terus berlari dan terduduk bersebelahan Pak Jamil. Mulutnya tidak berhenti beristighfar.

“Pak Jamil ! Saya panggil penduduk kampung untuk minta pertolongan ya?" Saleha cuba melangkah pergi untuk mendapatkan bantuan.

Tetapi, Pak Jamil menarik tangan Saleha sebaik sahaja Saleha mengangkat punggung.

“Tak apa Saleha ! Masa Pak Jamil dah tiba. Uhuk! Uhuk.." Pak Jamil berbicara lemah. Saleha yang mendengar sudah luluh hati. Bergenang-genang air matanya jatuh dek melihat Pak Jamil yang sedemikian rupa.

“Tapi, Pak Jamil..."

Pak Jamil mengenggam erat tangan Saleha.

“Saleha tau kan...kenapa Pak Jamil ni masih membujang?" sempat lagi Pak Jamil bercakap mengenai perkara itu.

Saleha menggeleng-gelengkan kepala sambil tangannya memaut tangan Pak Jamil.

“Hahaha..uhuk..uhuk..Cuba Saleha tengok sekeliling rumah Pak Jamil " suruh Pak Jamil dengan nadanya yang lemah.

Setelah disuruh oleh Pak Jamil, mata Saleha melilau dan memandang bahagian dalam rumah Pak Jamil. Setiap inci dilihat oleh Saleha.

Rumah Pak Jamil sangat usang. Tiada barang-barang yang baru ataupun masih elok.

“Pak Jamil ni miskin, tiada harta. Tiada sesiapa yang hendak kahwin dengan Pak Jamil " tutur Pak Jamil.

Saleha menatap kembali wajah Pak Jamil.

Oh! Jadi inilah punca sebenar kenapa Pak Jamil terlajak bujang. Kemikinan.

Saleha hanya setia mendengar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience