BAB 2

Romance Completed 2882

“Adakah ia virus cinta monyet yang mulai merebak dalam diriku?” lamun ku sendiri.

Namun ku biarkan sahaja perasaan yang belum pasti kebenarannya. Sudah menjadi lumrah manusia bila melihat seseorang yang punyai paras yang baik pada seseorang kita akan menaruh hati padanya. Siapa yang tidak jatuh hati kan?

Masa ku rasa pantas berlalu, tanpa berlengah lagi aku pun menuju ke kelas yang telah diberitahu oleh salah seorang tenaga pengajar ketika aku mendaftarkan diri di bilik guru bersama penjaga yang datang menemaniku.

Hari ini, sudah masuk seminggu lebih aku terlewat mendaftarkan diri ke sekolah atas sebab-sebab tertentu dan sudah tentu banyak sekali perkara yang perlu ku kejar dalam tempoh yang sesingkat ini.

Aku mengambil duduk di tempat yang telah disediakan dan memerhatikan keadaan sekelilingku, barulah ku sedar ada beberapa pasang mata yang sedang memandang ke arahku, ada yang sedang berbisik-bisik juga tak kurang mereka yang langsung tidak memperdulikan kehadiranku disini, janggal terasa bila ditempat baru.

Setelah lama aku memerhati keadaan sekeliling, aku terlihat kelibat gadis molek yang menegurku di luar tadi, dan lebih tak disangka-sangka dia juga berada di kelas yang sama dengan ku, duduk di barisan hadapan. Aku hanya berdiamkan diri tanpa sepatah kata sebagai orang baru.

KRINGGGG!!! Loceng berbunyi menandakan waktu rehat bermula, aku lihat terlalu ramai pelajar termasuk para guru yang beratur membeli makanan di kantin sekolah hari itu, perutku pula masih lagi terasa kenyang mungkin kerana aku berada di tempat baru, rasa gemuruh lebih menguasai dan rasa lapar tidak terasa. Waktu rehat masih panjang, aku mengambil keputusan untuk meronda di sekitar tempat baru bagi memerhati keadaan sekolah.

Penat berjalan mengelilingi sekolah aku singgah di perpustakaan yang ku lewati sebentar tadi, tujuanku ingin mencari beberapa buah buku untuk dibaca bila saampai di rumah nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience