“Dahlia ..tolong..jangan pergi..”
“kita dah janji kan?”
“kita akan pergi tengok bintang bersama”
“awak ada benda nak beritahu kat saya kan?” rayuku tanpa menyedari titis air mataku sudah berderai jatuh.
“saya pun ada nak bagi kat awak, tolong jangan pergi Dahlia !” rayuku lagi.
Tanpa ku sedari jari jemari Dahlia sudah membelai wajahku dengan lembut, titis air mataku mengalir lagi melihat keadaannya.
“Cantik sungguh panorama malam ini, rasa nak buat lagu, pelikkan tapi itu yang saya rasa. Kan bagus kalau saya seindah bintang. Apapun terima kasih Cairel ..” katanya dengan suara yang perlahan namun tetap teruja.
“dah Dahlia tak perlu cakap banyak..Dahlia akan okay, jadi bertahanlah..” bisikku padanya. ‘’Kamu indah seperti bintang, bahkan lebih indah dari itu Dahlia,’’ bisik hatiku pula.
Dahlia telah kembali menemui sang pencipta-Nya malam itu, pergi meninggalkan jutaan kenangan manis dan senyuman yang tak pernah luntur dari bibirnya. Aku duduk terjelupuk di tempat kejadian bersama lumuran darah yang terpalit di seluruh tubuhku bagaikan tak percaya dengan apa yang terjadi, tidak ku duga semuanya berlaku terlalu pantas dan segala yang diimpi musnah sekelip mata. Baru sekejap tadi aku dapat melihat senyumannya namun kini dia sudah tiada.
Musim berganti musim dan hari berganti hari, setahun sudah berlalu namun nama Dahlia sentiasa meniti di bibirku dan berada dalam ingatan ku buat selama-lamanya. Kerana dia adalah cinta pertama ku yang tak kesampaian. Aku redha kerana aku tahu dia kini berada tempat yang indah di sisi-Nya.
Panorama langit malam kelam namun indah ditemani sinaran rembulan yang terang benderang yang terbentang luas benar-benar telah membuka mataku dan ku rasa damai di hati yang sudah lama ku cari. Gitar akustik yang sudah lama menjadi peneman setia ku capai semula, aku memasang alat perakam dari telefon bimbitku agar aku tidak lupa akan melodinya nanti, lantas ku mainkan lagu ‘coretan buat mu’ yang ku cipta sendiri. Di bawah Sinaran rembulan dan kelipan bintang, ku persembahkan lagu ini untukmu sepenuh hatiku bersama iringan airmata rindu.
Share this novel