BAB 3

Romance Completed 2883

“ Sorry, ” ucapku apabila kebetulan buku yang mahu ku ambil dicapai serentak oleh seseorang juga. Rupanya gadis yang menegurku tadi juga mengambil buku yang sama.

“ Kebetulan apakah ini? ” tanyaku dalam hati.

“No worries, kalau awak nak baca dulu, silakan...” balasnya.

Aku merasa hairan dengan sifatnya yang begitu ramah kali ini dan berbeza Betul dengan sikap singa yang ditunjukkan padaku tadi.

“Serius??” tanyaku kembali.

“ Ya, silakan, sebenarnya saya dah banyak kali baca buku itu..cuma tak puas baca lagi..awak bacalah buku tu best tau” sambungnya sambil melemparkan senyuman yang manis menggamit hatiku.

Dan sejak dari hari itu, hubungan persahabatan kami semakin hari semakin akrab, saling bantu membantu dan memberi tunjuk ajar antara satu sama lain.

Walaupun sering kali keakraban kami menjadi bahan ejekan rakan sekelas, bagiku itu semua tak penting lagi malahan aku gembira sekali jika ianya memang benar.

Dan kau seringkali menyangkal hinggakan kau terkadangnya menangis angkara ejekan mereka.,aku pula tak pedulikan itu semua kerana bila kita bersama apapun yang mereka katakan, ianya hanya akan menambah eratkan lagi hubungan persahabatan kita dan ini amat menyenangkan hatiku sebagai kawan dan sahabat yang baik.

Aku terpana sediri dengan kata-kata yang terlintas di fikirkanku tadi.

“sebagai kawan dan sahabat? ” hatiku tiba-tiba menjadi resah sendiri.

“Dahlia , awak suka tengok bintang tak?” tanyaku

“mestilah saya suka” balas Dahlia .

“baguslah kalau macam tu..kalau malam ni kita tengok bintang sama-sama nak?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience