BAB 5

Romance Completed 2882

Setelah lama berdiam diri, aku mula membuka mulut ingin memastikan aku tidak salah dengar dan sungguh ku harap itu hanya khabar angin.

“err..Dahlia , betul ke lepas habis peperiksaan ni kau nak berpindah ke tempat yang jauh?” tanyaku.

Dia hanya membisu seketika tanpa berkata sepatah apa pun, ketika itu aku benar-benar diburu rasa bersalah.

“Apa aku sudah tersalah cakap?” aku bermonolog.

Namun belum sempat aku membuka mulut memohon maaf, dengan pantas Dahlia membalas dengan anggukan dan senyuman lalu memandang ke arahku, kelihatan matanya sedang berkaca-kaca menahan air mata.

Jantungku berdegup laju darah ku hangat terasa di seluruh tubuh, senyuman yang manis dari gadis yang merebut hatiku begitu mempesona bagaikan merentap seluruh ragaku walaupun dia terpaksa tanpa kerelaan hati, itu adalah senyuman dan tangisan terakhir untuk ku tatapi.

Aku tidak mahu lagi mengeruhkan keadaan yang sudah sedia dirundung kesedihan.

“kalau begitu..berhati-hati bila di tempat orang, saya doakan awak semoga berjaya di perantauan” aku membalas dengan memberikan kata-kata semangat padanya.

Tidak aku sanggup lagi melihat Dahlia menitiskan air mata ketika itu walhal diri ini sudah cukup terhiris dengan kenyataan itu.

“ malam ni kita tengok bintang boleh tak buat kali terakhir?”

“boleh..saya pun banyak benda nak cerita kat awak” balas Dahlia .

“yeke..kalau macam tu saya pun sama” balasku.

“okey..sebelum saya terlupa, malam ni jangan lupa datang ke rumah ada kenduri doa selamat bawa makcik dan pakcik sekali ok, lepas tu baru kita tengok bintang..boleh kan?” Dahlia memberitahu ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience