BAB 6

Spiritual Completed 2062

Pada mullanya aku ingin bersalin secara normal namun pada akhhirnya aku akur dengan keputusan doktor.

Beberapa jam kemudian, sedang aku bertarung nyawa meneruskan hayatku yang semakin lemah ini, sayup-sayup kudengar tangisan bayi. Itu bayiku. Makin lama tangis itu makin kuat singgah tepat di telingaku.

Tangan-tangan mungil dan kenit itu menari-nari di atas wajahku, juga kaki-kaki kecilnya yang lembut menendang-nendang hidungku serta senyumnya yang masih tanpa dosa seraasa memberi aku hadiah atas kemenangan perjuangaku ini. Ya Allah, betapa bahagianya aku.

Malaikat tampan ini telah kau hadirkan di ruang hatiku yang telah lama kosong. Tidak sia-sia aku bertarung nyawa demi memilikinya.

“Ya Allah, ku sebut Asma-Mu yang indah dan agung, sesungguhnya Kau tidak pernah mengecewakan hamba-Mu. Melalui penantian panjang yang berat, yang terkadang menyakitkan ini menguji jiwa lemah untuk berputus asa, namun sungguh Ya Allah aku menjalaninya dengan ikhlas dan gembira kerana yakin Kau akan sentiasa bersamaku. Dan inilah jawapan atas kekuatan doaku, juga keikhlasan hatiku untuk melalui setiap proses yang telah Engkau tetapkan untukku. Aku mencintai takdirmu dengan ikhlas Ya Allah. AKu mencintai setiap dugaanmu Ya Allah, kerana di hujungnya pasti ada kemanisan.”

Khairul memelukku erat beserta tangisan yang hangat singgah di pipiki, lalu mencium keningku dan kening anakku, kemudian mengumandangkan azan di telinganya.

Allahuakbar, seikhlas hatiku ingin memuji keagungan-Mu Ya Allah. Sungguh indah pemandangan di hadapan ku saat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience