BAB 4

Spiritual Completed 2062

Aku sering merasakan sakit dan pedih pada perut di bahagian bawah dan sempat mengeluarkan darah.

Pada masa itu sebenarnya Doktor Umi mencadangkan aku agar aku menggugurkan kandunganku dengan alasan janinku ini tidak dapat berkembang dengan baik, keadaannya membimbangkan dan mungkin tidak akan bertahan.

Namun aku menolaknya dan tetap bertahan untuk meneruskan kandunganku inni.

“Saya tak kira, apa jua alasannya doktor, saya tidak mau ada tindakan apapun ke atas anak saya ini. Saya ini ibunya. Dan saya yakin anak saya baik-baik saja. Saya berhak tentukan apa yang terbaik. Doktor cukup rawat dan monitor. Saya yang bertanggungjawab atas apa juga keadaan saya dan anak saya. Kerana saya yakin hidup mati saya dan anak saya hanya Allah yang menentukan. Allah yang pegang nyawa saya” luahku tegas Melihat aku yang masih emosi, Khairul meminta Doktor Umi meneruskan bicara di pejabat Doktor Umi.

“Encik Khairul, saya harus melakukan pembedahan membuang kandungan itu demi keselamatan Puan.” Doktor umi meyakinkan suamiku.

“Bagaimana doktor? Saya juga sudah berusaha memujuk dan menasihati isteri saya. Tapi isteri saya berdegil tak mahu. Dia meyakini saya berulang kali bahawa tidak akan terjadi apa-apa pada dirinya dan anak yang dikandungnya.”

“Hmmm… Tapi andai kata Ibu masih berdegil, sekiranya sesuatu terjadi pada Ibu dan bayi, itu sudah berada diluar tanggung jawab saya encik. Mohon jangan ada isu di kemudian hari yang menyalahkan pihak hospital encik.”

“Kalau sudah ini kemahuan isteri saya, jika hal buruk terjadi, saya tidak akan menuntut doktor sebaliknya saya pasrah. Tapi saya akan berusaha memujuk isteri saya agar menuruti cadangan doktor.”

Bulan berganti bulan. Perutku semakin besar memboyot. Semakin bertambahnya usia kehamilanku malah semakin sakit kurasakan.

Dan aku harus melewatinya dengan istirehat yang panjang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience