BAB 3

Spiritual Completed 2062

KETIKA BERADA DI KLINIK

“Mr and Mrs Khairul, congratulations!, anda akan menimang cahayamata tak lama lagi,” ujar Doktor Umi sambil berjabat tangan kepada kami.

Aku dan Khairul sangat terkejut dan saling berpandangan. Sumpah kami terkejut lebih tepatnya.

“Alhamdulillah..” ucap kami serentak dan tak lama kemudia suamiku bersujud syukur meluahkan rasa bersyukurnya ke hadrat yang maha Esa atas khabar gembira ini.

“Walaubagaimanapun usian kandungan masih di tahap awal. Kira-kira 5 minggu. Maaf puan, puan ingat tak bila kali terakhir datang bulan?”

“Tidak, doktor, saya tak ingat. Beberapa bulan kebelakangan ini saya tidak memperhatikan jadual datang bulan saya.” Ujarku.

“Tak mengapa. Baiklah, Puan. Ini saya berikan vitamin dan penguat kandungan. Kebiasaaannya kalau tri semester pertama agak berat, Puan. akan melalui proses mengidam seperti mual, pusing, dan sebagainya. Tapi semoga bayi berada dalam keadaan sihayt ya. Apa Yang penting jangan merasa letih dan hindari stress.” pesan Doktor Umi lagi, kami berdua tekun mendengarnya.

“Baiklah Doktor, kali ini kami akan lebih berhati-hati sekali.” janjiku.

Bulan pertama dan kedua kehamilanku ku lewati dengan penuh ujian yang agak menguji keimanan dan tahap fizikalku.

Aku kerap masuk hospital dan klinik kerana kondisi tubuhku yang lemah.

Yang paling mengujiku adalah ketika aku diserang mual dan muntah yang ku kira adalah symptom morning sickness, makanan apapun yang enak terhidang tak mampu ku telan.

Adakalanya aku menangis memikirkan calon anakku tidak dapat menyerap gizi dengan baik. Dua minggu sekali aku harus dimasuki cairan infus untuk memberi tenaga pada tubuhku yang lemah.

Masuk bulan ketiga kandunganku, keadaanku masih sama. Malah boleh dikatakan semakin parah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience