BAB 5

Spiritual Completed 2062

Bahkan selama itu aku tidak dapat melakukan kegiatan apapun kerana kondisiku yang sangat lemah.

Adakalanya aku ingin menyerah, namun aku harus kuat demi anak ini. Aku ibunya dan aku perlu kuat.

Hinggalah pada suatu hari aku harus memutuskan berhenti dari pekerjaanku. Walhal saat itu sebenarnya aku telah dinaikkan pangkat menjadi pengurus cawangan.

Tapi tak mengapalah, aku harus memilih yang terbaik dan anak adalah pilihan yang tepat.

Bulan kelapan usia kandunganku, aku sudah dapat melakukan sserba sedikit aktiviti meski masih terhad.

Dalam pada keadaanku yang turun naik menduga fizikal dan mentalku, aku bersyukur Khairul juga keluarga besarku bekerjasama membantuku.

Mereka juga selalu memberi sokongan moral kepadaku.

Seperti petang hari ini saat aku membuat pemeriksaan kandungan, baik Khairul, orang tuaku, mertua, adik juga iparku semua bagai rombongan cik kiah menemaniku di hospital.

“Puan Delailah ini sangat hebat. Semangatnya sungguh luar biasa. Berkat keyakinan dan naluri seorang Ibu, bayi dalam kandungan Ibu dapat membesar sehat dan sekarang ini dalam kondisi normal. Ternyata anak ini samacekal dan kuat seperti ibunya. Dia mampu membantu ibu untuk tetap terus mempertahankannya. Tapi dorongan semangat keluarga seperti sekarang ini juga salah satu penguatnya. Sekali lagi tahniah yan puan,” ujar doktor Umi.

Aku dan Khairul tersenyum bahagia.

Menjengah usia kandungan ke 36 minggu. Saat diperiksa ternyata bukaan sudah 2cm.

Tapi Doktor Umi tidak mahu aku bersalin secara normal sbealiknya perlu melalui bersalin secara caesarean dek kerana keadaanku yang lemah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience