bab10

Romance Series 2309

Sebaik sahaja kaki mereka menjejaki anak tangga terakhir, lampu aras bawah ini automatik menyala. Alangkah terkejutnya mereka melihat mayat para pengawal tadi bergelimpangan di sini. Ngeri. Serious ngeri. Kesan darah di merata-rata tempat. Ada yang hilang tangan.hilang kaki. Bahkan hilang kepala. Perut mereka pula ada yang terburai dan menampakan segala usus yang terkeluar. Melihat kepada keadaan tersebut, mereka dapat simpulkan yang kejadian tersebut berlaku beberapa jam yang lepas. Allen mengamati bilik tersebut sekali lagi. Kali ini dia yakin. Bilik tersebut merupakan tempat simpahan senjata. Terdapat beberapa jenis pedang dan pisau belati di sini. Pistol perbagai jenis juga berada di ini magnum 327, dan senjata lain. “PRANKK…” suatu benda telah jatuh di tingkat atas. Tak mustahil pembunuh masih berkeliaran di kawasan ini. Pantas Allen dan Thia mendaki tangga dan bergerak ke tingkat atas. Bunyi manusia berbalas tembakan jelas kedengaran. Jadi sebenarnya rumah ni diserang ? tapi kenapa? Thia sempat mengeluarkan laser dan mengambil arca emas itu sebelum menuju ke tingkat atas. beberapa manusia perpakaian seperti ninja sendang berlawan dengan sekumpulan pengawal. Nak tolong siapa ni? Rumah ni sebenarnya milik siapa? Geng ninja itu ataupun geng pengawal ni? Kedua- pasukan kelihatan sama hebat. “Allen jom beredar. Kita dah sempurnakan misi kita. Biarkan mereka. Nanti kita pun terlibat.” Thia mula risau dengan situasi yang berlaku. “lepas tu takkan nak biarkan semua ni. Tak kesian ke?” soal Allen. “Masalahnya sekarang ni kita tak tahu yang mana kita kena tolong. And kita pun ambil arca tu dari rumah ni. Kita pun bersalah.” jelas Thia. ‘aku tahu la niat dia tu baik tapi. Kita ni pun penceoboh.’ “okay now macam ni, biar aku check balik data mengenai pemilik rumah ni.” Thia berkata. Punat pada jam ditekan. Jam tersebut membolehkan Thia mengakses maklumat pada peranti elektronik yang berada berdekatan mahupun disekelilingnya. Thia segera menyambungkan sambungan tersebut kepada komputer riba yang berada di motel.Terpancar fail mengenai M01. Maklumat tersebut dipandang tajam. Tak banyak yang mereka perolehi. Pemilik rumah tersebut merupakan seorang lelaki yang bekerja sebagai seorang usahawan. Hobinya yang gemar mengumpul barangan antik menyebabkan dia mempunyai arca kapal tersebut. Melalui teknik hacker yang mereka pelajari Thia sempat memuat turun semua data yang berada di komputer pemilik tempat tersebut. “macam mana?” Allen bertanya. Sebelah keningnya juga turut diangkat. “tak banyak info yang aku dapat. Tapi kalau kau tetap nak siasat pasal ni. Aku ada berita baik. Semua data pemilik tu ada dekat aku. So kita boleh detect apa yang berlaku sebenarnya.” kata Thia. Riak bangga dengan kerja yang dia berjaya lakukan tidak sedikit pun disembunyikan. Setelah berbincang mereka sama-sama mengangguk. Langkah diatur menuju ke arah tingkap yang agak tersembunyi. Mereka meloloskan diri menuju ke arah motel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience