bab1

Romance Series 2309

Hari ini merupakan hari pendaftaran pelatih baharu di V academy. Thia juga tidak terkecuali. Sememangnya Thia bercita-cita untuk terlibat dengan dunia yang sebegini. Thia kagum melihat kecekapan yang mereka pamerkan. Kata nenek, kedua ibu bapa Thia juga merupakan pelatih yang handal dan berasal dari akedemi tersebut. Tetapi sejak dilahirkan Thia tidak pernah berjumpa dengan mereka. Hanya nenek yang membesarkannya. Oleh itu Thia berazam untuk mencari mereka di akedemi tersebut.
“Hooray, finally impian aku tercapa.” sorak Thia. Senyuman meleret ditarik. Jelas menunjukan gigi yang cantik tersusun. Thia sedang termenung sambil berjalan tiba-tiba terlanggar seorang lelaki. “mind your step. Tengok apa dah jadi. Jangan berangan jadi model colgate lain kali.” kata lelaki tersebut kemudian mengutip kembali nametag yang terjatuh. ‘Allen’ bisik Thia selepas memandang tanda nama lelaki tersebut. Belum sempat Thia meminta maaf Allen sudah berlalu pergi. ‘Ish, sombongnya. Kalau ye pun tunggu la aku minta maaf dulu. haish.’ Sebaik mendaftar, Thia ditempatkan sebilik dengan seorang lagi pelatih. Alice. Seorang gadis kacukan cina dan eropah yang baik dan peramah. Bersikap happy go lucky. Memang senang nak masuk air la. Sebulan di akedemi ini Thia sudah boleh menyesuaikan diri. Di sini mereka perlu mempelajari teknik untuk bergerak dan menyerang yang merangkumi pelbagai aspek dengan menggunakan semua jenis deria yang ada. Selain itu mereka juga perlu menguasai penggunaan teknologi yang sememangnya membantu untuk menjayakan sesuatu tugasan. Tambahan pula, teknologi kini kian canggih dari semasa ke semasa. Allen telah datang dan berjumpa dengan Alice secara sembunyi di kawasan tasik yang jauh dari block academy. "aku dengar budak baru tu roomates kau. Aku rasa macam ada sesuatu la kat dia tu. Ada satu benda yang pelik " Allen memulakan bicara. "aku pun dapat rasa benda yang sama sebenarnya. takpa bagi aku masa untuk kenal dengan dia dulu. kalau ada sesuatu yang pelik aku akan beritahu kau nanti." jawab Alice. mereka segera membawa haluan masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience