bab11

Romance Series 2309

Allen dan Thia hanya menempah sebuah bilik di motel tersebut. Lebih mudah kerja mereka jika begitu. Selesa ataupun tak bukan masalah. Dalam hal ini mereka kena profesional. Mereka hanya berfikir tentang misi mereka. Lagi cepat kerja ni siap. Lagi cepat mereka boleh balik. Perang dingin dan sebagainya dilupakan sebentar. Thia sibuk mencari sebarang petunjuk mengenai rumah tersebut langsung tidak menghiraukan Allen yang berada disisinya. “kau dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah kan?” tanya Allen tiba-tiba. “macam la kau kenal aku, kita baru je kenal. Tu pun sebab mission ni.” kata Thia. Matanya masih melihat ke skrin. Satu persatu fail dibuka. “macam mana kalau aku cakap yang kita ni dah lama kenal. Kau percaya tak?” Allen cuba untuk bertanya. “Kau nak cakap yang kau kenal aku dari first day aku masuk sini, macam tu? Kalau macam tu aku pun kenal kau.” balas Thia. “maknanya kau dah ingat?” mendengar jawapan tersebut Allen terus gembira. “haah, aku ingat. Kau la budak sombong yang langgar aku masa first day aku daftar tu.” ujar Thia. Satu jelingan dihadiahkan kepada Allen. ‘Dia ingat aku boleh lupa ke dia blah macam tu je? Like nothing. Dah la membebel kat aku. Aku mana tahu apa lagi time tu. Sengal la.’ bebal Thia dalam hati. Kat depan tak berani nak protes. Nanti takut benda lain yang jadi. “ohh..” hampa. Alleh mengeluh. “maklumat apa yang kau dapat setakat ni?” soal Allen. Dia mulai serius. “ owner rumah ni pembekal senjata api sebenarnya. Pengawal yang ramai tu pulak memang orang pemilik rumah tu. Jumlah pengawal akan bertambah sekiranya ada urusan jual beli berlangsung.” jelas Thia kepada Allen. “Jadi pengawal yang banyak masa pagi tadi tu tengah siapkan senjata dan tempat pertemuan bagi urusan jual beli la kiranya.” Allen mula membuat kesimpulan. “dah banyak senjata yang mereka jual sebenarnya. Tapi maklumat mengenai keunikan rumah tu aku tak jumpa pun.” Thia hampa. Maklumat yang dia dapat hanyalah mengenai aktiviti yang mereka lakukan. Terdapat satu urusniaga sepatutnya dilakukan harini. Tetapi atas sebab yang tertentu urusniaga tersebut dibatalkan. Mungkin ada kaitan dengan kemunculan ninja tadi. “jom kita pergi ke rumah tu lagi sekali. Aku rasa macam ada something la. Lagipun tiga bilik kat tingkat atas tu kita tak jejak lagi.” Thia tiba-tiba memberi cadangan. Jari Thia berhenti bergerak selepas fail 2015 dibuka. “Allen kau kenal dia ni? aku rasa macam familiar? sut yang dia pakai ni sut V academi. So mustahil senior macam kau tak kenal dia.” Thia beralih ke arah Allen. Allen kaku. “Allen dengar tak?” jerit Thia selepas tiada respon daripada Allen sebentar tadi. “Thia, kau dalam bahaya sekarang ni aku rasa. Tempat tu tak selamat untuk kau. Macam mana gambar ni boleh ada dengan diaorang. Ni ialah kau tiga tahun lepas. Masa kemalangan tu. Kita kena serang hendap.” jelas Allen. Dah sampai masa Thia tahu perkara sebenar. “Sekarang bukan masa nak buat drama Allen. Aku serius ni. Kepala aku pun sakit pula ni” ujar Thia. Muka Thia berkerut jelas menunjukkan rasa sakit yang dialaminya. “Thia kau selalu rasa apa yang kau buat tu dejavu. Tapi benda tu sebenarnya masa lalu kau. Kau memang pelatih V academy sebelum ni. Takpa lah. Kau berehat dulu sekarang. Nanti lepas bangun baru kau buat Q&A okay” kata Allen. Lapang rasa di dadanya sekarang. Sebiji bantal melayang dan terhempas betul-betul di kepala Allen. Jelingan maut dibuat untuk Thia. Apa lagi kali ni. Dah la tengah sakit ada hati nak cari gaduh. “kau pun penat kan? rehat la sekali. Teman aku. Janji takkan tolak kau jatuh katil lagi dah.” Thia mengajak Allen tidur disisinya. Rasa lebih selamat begitu. Ngeri melihat gambar seorang tomboy yang dibelasah teruk. Keadaannya jelas terseksa. Seluruh wajahnya lebam. Tak terurus langsung. Kepalanya berdenyut kuat. Akhirnya Thia terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience