bab3

Romance Series 2309

Setahun berlalu. Hubungan Allen dan Thia boleh diumpakan seperti perang dingin. Pantang berselisih mereka pasti akan menjeling. Thia dan Alice telah terpilih menjadi pelatih di akedemi tersebut disebabkan pencapaian mereka yang tangkas sejak tahun lepas. Para pelatih akan menjalani latihan tambahan bagi meningkatkan ketahanan tubuh mereka. Mereka mempunyai tempat khas untuk berlatih. Mereka digelar gp2. pelajar biasa digelar gp4 manakala pelatih yang dikeluarkan daripada gp2 akan dimasukkan ke dalam gp1. Seminggu menjadi pelatih amat memenatkan tubuh. Thia mengambil keputusan untuk berehat di bawah sepohon pokok. Di situ dia ternampak Allen sedang berlatih. Allen menembak semua objek tepat pada sasaran. Dia tangkas menggerakkan pisau sehingga seluruh halangan mampu dicantas olehnya.
‘Hebatnya dia.’ Thia terpesona melihat Allen. Thia tersedar yang Allen tidak lagi memakai tongkat. Jawline Allen sangat menyerlah. Mempunyai ketinggian yang ideal bagi seorang lelaki. Badan tegap dan ototnya jelas kelihatan. Allen mempunyai wajah pan asia. Berkulit cerah dan sentiasa tersenyum. Mempunyai lesung pipit dikedua-dua belah pipi dan mempunyai alis mata yang menawan.‘Patutlah dulu ramai je yang beratur nak dekat si Allen ni. Hahahaha.’ Thia berkata di dalam hati. Thia segera berlalu setelah Allen perasan akan keberadaannya di situ.
‘Apa dah jadi dengan aku ni. Sejak nampak Allen haritu aku kerap-kerap usha dia dari jauh.’ Thia sendiri pelik dengan dirinya.‘bukan aku tak sedar sejak kebelakangan ni Thia kerap curi-curi pandang aku. Tipu lah kalau aku tak seronok. Hahaha. Finaly.’ Allen tersenyum sendirian di hadapan cermin biliknya.Menjadi pelatih menyebabkan mereka terpaksa mematuhi peraturan yang lebih ketat berbanding pelajar di akedemi tersebut. Mereka perlu menjaga adab dan tidak boleh melakukan sebarang kesalahan. Allen sudah dua tahun bergelar gp2. Ini bermakna Allen merupakan senior kepada Thia. Kali ini, Allen sengaja melalukan masalah untuk menarik diri daripda menjadi pelatih gp2. Allen tidak gemar diarah oleh orang lain. Tanggungjawab gp2 lebih berat kerana mereka perlu membimbing gp4 dan mempunyai tugasan khas. Dia lebih gemar bergerak sendiri. Allen keluar dari gp2 dan menjadi gp1. Pelajar gp1 tetap menjadi idola dan pelatih serta melatih gp4. Tetapi mereka tidak mempunyai tugsan khas. Riak kosong Thia tunjukkan ketika mendengar berita tersebut. ‘lepas ni mesti dah tak boleh tengok dia. Yelah life block gp1 dan gp2 berlainan dan dipisahkan degan jarak yang jauh. Akhirnya takde la mata ni gatal nak usha dia dah. I’m free now.’ ceria Thia berbisik di dalam hati. Block setiap gp berada di kawasan yang berlainan. Tetapi satu fakta yang Thia terlepas pandang ialah gp1 sering berkunjung ke block gp2 kerana terdapat sesetengah latihan yang sama dan latihan tersebut berpusat di block gp2.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience