bab9

Romance Series 2309

Perasaan ingin tahu terus membuak-buak. Mereka mengenakan pakaian rasmi mereka sebagai pelatih di V academy. Sut hitam tersarung ditubuh kedua-dua pelatih. Allen mengenakan topi serta topeng muka bagi mengelakkan dirinya dikesan. Thia pula menocangkan rambutnya yang perang kehitaman dan memakai topeng muka. Mereka sudah bersedia. Allen dan Thia lincah bergerak dan berjaya memecah masuk rumah tersebut. Keadaan rumah tersebut kelihatan suram. Semua pengawal yang dilihat tempoh hari juga sudah hilang. Rumah ini seperti tidak didatangi oleh sesiapa pun. Padahal pagi tadi mereka sendiri ternampak kelibat manusia berlegar-legar di dalam rumah tersebut. Perangkap apa pulak ni. For sure mereka kena hati-hati! Keadaaan sekeliling dilihat. Tempat yang sepatutnya menjadi ruang tamu kelihatan seperti sebuah gymnasium. Ruang dapur pula diubah suai menjadi tempat untuk melakukan ujian masa. Di ruang rehat rumah ini pula menempatkan banyak komputer dan teknologi-teknologi lain untuk mengesan, memantau dan mencari maklumat. Teknologi seperti ini juga yang kami gunakan di akedemi. Cuma bezanya teknologi di akedemi akan sentiasa di kemas kini dan dipertingkatkan tahap keselamatannya. Bilik yang kelihatan seperti stor dibuka. Kelihatan banyak stok makanan yang berada disitu terumata sekali makanan segera.Terdapat meja dan kerusi juga. Mungkin ini mini kitchen mereka. Tempat ini seperti markas singgahan. Boleh jadi ini tempat pelatih dari akedemi lain. Tetapi pengawal tadi berasal dari mana? Mustahil bagi seorang pelatih memerlukan pengawal. Mereka mampu berdikari. Itu merupakan salah satu prinsip pelatih yang mereka pelajari. Tapi manusia tak sempurna. Manusia juga memerlukan bantuan dari manusia lain. Konspirasi apakah yang sedang mereka lakukan di sini sebenarnya? Thia terpandang sesuatu yang bersinar di sebalik cahaya yang samar di bahagian penjuru rumah tersebut. “Allen tengok benda tu?” Thia terus mendekati objek yang bersinar tadi. “ni la yang kita kena cari tu. Dah jumpa” kata Allen. Thia segera menarik arca kapal emas tersebut. Sebuah pintu terbentuk di bahagian dinding tersebut. “whoaa.. unbelieveble” Allen speechless. Thia terkedu. Tak sangka pulak ada tingkat bawah tanah. Tapi apa nak pelik. Tengok keadaan rumah ni dari mula pun dah memang pelik. Anak tangga menuju ke tingkat bawah dituruni mereka dengan berhati-hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience