Kisah 3: Gadis Di foto (Part 1)

Romance Series 2334

Seminggu yang lalu dihebohkan dengan berita pembunuhan dua orang lelaki luar negara. Hampir seluruh media hadir untuk membuat liputan. Kedua mereka merupakan ketua mafia dari dua kumpulan berbeza. Sudah sekian lama mereka terlepas daripada kuasa undang-undang negara, kini terbunuh di negara ini, Malaysia.

Detektif Boston Raplh, penyiasat terkenal berbangsa British ditugaskan untuk menyiasat kes pembunuhan ini dan dibantu oleh penyiasat yang tidak kurang hebatnya dari Malaysia iaitu Detektif Faizul Hafiz. Kedua mereka terkenal di seluruh pelosok dunia dalam menyelesaikan kes jenayah internasional.

------------------------------------------------------------------------------

Jam 3 petang,
Di lokasi pembunuhan mangsa pertama:
Bilik 114, Smile Hotel Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Kedua-dua detektif sudah berkumpul setelah Detektif Boston hadir, sedang Detektif Faizul sudah hadir sebelumnya. Masing-masing berjabat tangan ditambah senyuman terlihat kemesraan antara mereka. Detektif Boston agak tinggi orangnya berbanding Detektif Faizul tetapi tidak menunjukkan rendah tubuhnya. Seketika sahaja perbualan mereka berlangsung lantas Detektif Boston meminta kebenaran lalu memasukkan sarung tangan getah pada tangannya untuk meneliti persekitaran kawasan. Kanta pembesar dia ambil dari poket sebelah kanan jaketnya yang agak besar. Lalu menyalin beberapa bukti yang mungkin boleh membantunya dalam siasatan.

------------------------------------------------------------------------------

"Hanry Ludlow, ketua Mafia dari White Ghost. Dijumpai mati sekitar jam 6 pagi pada tarikh 4 Januari 2018, tiga bulan sebelum hari kejadian. Kedatangan mangsa atas jemputan daripada mangsa yang kedua, James Archer, ketua kumpulan Mafia Wood Collins yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan ini namun dijumpai mati dua hari selepas kematian Hanry Ludlow di penginapannya, Bnorj Hotel Wangsa Maju yang berhampiran dengan penginapan mangsa pertama." Detektif Boston membawa laporan milik Detektif Faizul di pejabat persendirian milik Detektif Faizul sendiri.

"James Archer tiba sebulan sebelum Hanry Ludlow." Sambung Detektif Faizul setelah memastikan akhir laporan yang dibaca oleh rakan setugasnya itu.

"Bagaimana pula dengan bahan bukti?" Soal Detektif Boston sambil meneliti beberapa laporan.

"Saya mengarahkan pihak polis untuk menyimpannya di Ibu Pejabat Polis Di Raja. Sebabnya, kes ini melibatkan Mafia, berkemungkinan pencerobohan mudah berlaku di balai polis biasa. Tapi, agak hairan mengapa tiada seorang pun ahli dari kedua-dua kumpulan kelihatan setelah seminggu kes ini berlangsung. Esok kita akan berangkat ke Ibu Pejabat." Jawab Detektif Faizul sambil menuang air kopi dimeja pejabatnya. Penerangannya mungkin tidak tersusun namun masih boleh difahami oleh Detektif terkenal dari Barat itu.

-----------------------------------------------------------------------------
Jam 8 pagi,
Di Ibu Pejabat Polis Di Raja Malaysia.

Kedua-dua mereka tiba setelah bersarapan seketika di warung berdekatan. Penggunaan baju t-shirt berkoler yang dipakai menunjukkan situasi penyiasatan seterusnya.

"Ini sedikit andaian yang boleh diambil daripada laporan awak." Detektif Boston menyerahkan fail berisi hasil laporan siasatan.

"12 andaian dalam masa satu malam. Awak memang patut dikagumi." Puji Detektif Faizul.

"Ianya sekadar andaian tiada apa yang perlu puji" Balasnya merendah diri.

"Ini dah dikira hebatlah, kita bukannya Sherlock Holmes" Detektif Faizul bergurau dan dibalas dengan tawa Detektif Boston.

"Dalam 12 andaian ini, hanya 4 yang berkemungkinan tepat. 8 andaian yang lain hampir sama dengan andaian yang saya buat sebelumnya kedatangan awak ke sini dan didapati tiada bukti kukuh yang andaian itu tepat." Katanya setelah beberapa minit meneliti hasil kerja rakannya.

Leka mereka membincangkan andaian yang dibuat, mereka sudah pun tiba di bilik yang menyimpan bahan-bahan bukti yang terletak di tingkat 4 banggunan.

------------------------------------------------------------------------------

Situasi menjadi senyap. Tiada seorang pun yang berbicara. Masing-masing mengambil bahan siasatan. Kelihatan sedikit kesukaran dalam kes ini.

Detektif Faizul meneliti gambar yang ada pada fail laporannya. Manakala Detektif Boston cuba mencari sesuatu.

Beberapa minit berlalu.

"Akhirnya!!!!!! " Kedua mereka berteriak bersamaan menggambarkan siasatan ini sudah sampai kepenghujung.

"Andaian ke-6 awak Boston, saya dah kata awak memang patutlah dikagumi. " Detektif Faizul memuji rakan setugasnya. Rakannya pula mengiakan kata-kata Detektif Faizul menandakan fikiran mereka sama.

"Gadis di foto ini"....

-Bersambung-

*ps=Detektif Faizul Dan Detektif Boston menggunakan bahasa English sepanjang perbualan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience