Kisah 4: Gadis difoto (Part 2)

Romance Series 2334

"Aku terima nikahnya, Zulaikha Bt. Seli dengan mas kahwin yang tersebut" Tanpa putus akadnya lantas dibalas sah oleh para saksi, maka terjalinlah ikatan perkahwinan antara Khaidir dan Zulaikha.

Sama cantik, sama padan, bak kata pepatah bagai pinang dibelah dua.

Khaidir seorang askar yang berpangkat Majer General mengahwini Zulaikha, teman waktu kecilnya yang dulu sering bermain bersama dan kini sah menjadi suami isteri.

Mereka hidup bahagia bersama di rumah kediaman baru mereka di johor baharu. Walaupun Khaidir sibuk dengan tugasannya namun tanggungjawab sebagai suami tetap dilaksanakan.

Bergaduh sedikit itu biasa dalam kehidupan berumah tangga, "sedang lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri". Begitulah hubungan Khai dan Ika, walau kurang romatiknya, namun setia sudah memadai.

--------------------------------------------------

5 Nov, 2017

Sekumpulan askar sedang bersiap sedia bertempur. Lihat pada wajah mereka menggambarkan debaran yang menanti. Sebuah gudang di hutan berdekatan pantai Klebang, Melaka.

Pantai yang menjadi tumpuan itu rupa-rupanya menjadi sarang jenayah memperdagangkan senjata. Oleh kerana melibatkan senjata merbahaya dan jenayah internasional maka khidmat angkatan tentera diperlukan.

Rejimen Askar Melayu Malaysia atau ringkasnya RAMD dan juga sering disebut sebagai Askar Melayu merupakan pasukan tempur infantri. Pasukan ini juga pernah bertempur dalam krisis pencerobohan Lahad Datu.

Sudah menjadi lumrah dengan pejuang negara, maka redha dan tabah perlu dibekalkan oleh pasangan. Begitulah Zulaikha yang setia menanti sang kekasih. Walau seketika bersama tidak menjejaskan cinta mereka yang utuh walau ombak menghakis pantai sekalipun.

--------------------------------------------------

"Boss!!! Gudang rahsia di Melaka sudah diserbu askar Malaysia, kesemua senjata dan sebahagian pekerja kita sudah diberkas." Dengan tenang berita itu disampaikan oleh bawahan James Archer, ketua Mafia dari kumpulan White Collins.

Tiada sebarang tanda yang menunjukkan reaksi terkejut mahupun marah, malah tersenyum lebar terhias diwajahnya. Sedikit parut dikepalanya yang kelihatan dek kerana botak kepalanya menjadikan senyumannya kelihatan begitu jahat.

"Sabar Leo, kita datang ke Malaysia bukan untuk berniaga tapi kita datang untuk bercuti, bersuka riya." Jelas James menenangkan bahawannya walaupun sebenarnya dirinya sedikit marah. Mana tidaknya, senjata yang dibawa ke Malaysia itu akan dihantar ke Thailand untuk urusan perniagaan.

"Leo, hubungi Hanry Ludlow sekarang. Suruh dia datang ke Malaysia sekarang juga." Lantas tugas dilakukan setelah mendengar arahan dari Boss besarnya.

---------------------------------------------------

Hari yang sama,
Persisiran pantai Kledang, Melaka

Dua ahli dari kumpulan White Collins bersembunyi di sebalik pohon berdekatan gudang rahsia mereka.

Kelihatan sekumpulan askar sedang meninjau setiap kawasan malah di kawasan belakang sekali pun. Tiada satupun antara mereka yang terpisah dari kumpulan mereka mengelak daripada diserang secara mengejut oleh pihak musuh. Setiap kumpulan mereka terdiri daripada 4 orang ahli manakala yang lainnya menjaga para tahanan daripada lari.

Kedua mereka sentiasa menanti peluang yang ada. Bukan untuk lari malah mencoba untuk menahan salah seorang askar yang pergi bersendirian.

Mereka lebih rela mati daripada ditahan oleh askar Malaysia tapi takut ditembak James Archer kerana lari tanpa membawa sebarang habuan kepada ketua mereka. Sekurang-kurangnya, dengan membawa salah seorang askar dapat mengembirakan hati ketua mereka.

Seorang askar bersendirian di hujung hutan yang hampir menuju ke persisiran pantai. Dia meninjau seluruh kawasan itu. Dia bersendirian membuat tinjawan menunjukkan dia bukan askar bawahan biasa maka tindakan berhati-hati diperlukan oleh pihak musuh untuk menyerangnya.

Mereka berdua siap sedia bertempur. Baju yang berwarna hitam menyukarkan penglihatan musuh. Setiap pohon menjadi tempat bersembunyi. Makin dekat dengan sasaran salah seorang dari mereka yang berbadan besar menahan askar tersebut dengan memeluk erat tubuhnya dari belakang. Beg askar yang besar itu tidak sedikitpun menyukarkan musuhnya kerana saiz tubuh musuhnya yang besar.

Lantas ditutup mulutnya agar tidak mengeluarkan sebarang suara. Tapi, itu bukan gaya seorang askar untuk berteriak meminta tolong. Dengan berani, askar tersebut menghantuk belakang kepalanya kewajah musuh.

Seorang lagi musuh mendekatinya. Tubuh mereka yang besar tidak sedikitpun menggetar jiwa berani askar itu. Kekuda dipasang bersedia bertempur jarak dekat. Satu tangannya diangkat laju mengejutkan musuh bagai ular menakuti mangsanya. Bebunga silat dipamir, walau beg belakangnya kelihatan berat tapi tetap kelihatan lincah geraknya.

Satu persatu serangan dilayang dan setiap itu mendatangkan cedera kepada kedua musuh. Setiap seorang antara mereka jatuh namun tetap berdiri. Tetapi agak hairan mengapa askar itu tidak terus menahan mereka ketika ada peluang.

Sudah sekian lama Rejimen Askar Melayu Malaysia tidak bertugas sebegini. Melawan musuh dengan senjata mereka. Bertempur secara dekat seperti yang dilakukannya sekarang. Itulah yang menjadikan askar ini kehausan semangat bertempur.

"Ini sahaja yang kau berdua mampu. Bangun, bangun, cepat bangun. Bagi aku sedikit kesenangan." Cabar sang pemberani itu.

Tanah kering digenggam. Disebar semuanya tepat dimata askar tersebut. Satu persatu pukulan diberi lantas jatuh askar itu lalu disepak pagaikan bola berkali. Kerana ego sang pemberani itu dia tidak mengeluarkan sebarang bunyi pun untuk meminta bantuan.

Tanpa disedari setiap serangan itu menyebabkan dia menjadi lemah, lalu pengsan tidak sedarkan diri. Dengan itu, kedua mereka pun lari membawa askar itu bersama menggunakan bot yang jauh di pinggir pantai yang tiada sebarang penjagaan daripada pertahanan Malaysia.

(Bersambung)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience