Kisah 2 : Blossom book's Store

Romance Series 2334

Blossom book's store, kedai buku milik arwah ayahanda ku. Dan aku pula Husna, Ain Husna, pemilik Blossom book's store sekarang. Aku juga seperti ayah ku, suka membaca, menulis, dan bercerita. Kenapa "blossom"? Bagi ayah ku buku umpama bunga yang menyegarkan fikiran. Setiap coretan ayatnya umpama haruman taman-taman bunga. Ianya pelbagai namun tetap satu nama, buku. Ianya pelbagai namun tetap satu nama, bunga. Bagitulah cinta ayahanda ku terhadap buku.

Namun begitu, hari demi hari masyarakat semakin jauh dari buku. Gadget yang ada kini, memudahkan mereka untuk membaca mana-mana maklumat. Malah menjimatkan masa mereka untuk ulang alek dari kedai buku ke tempat tinggal mereka. Sedang yang asal usul sebuah risalah sudah dilupakan. Bukulah tempat catatan pertama sebelum gadget, tapi ianya semakin jauh dilupakan. Walau bagaimana pun, ini tidak menjejaskan jiwa ku untuk cintakan buku.

9.00 pagi, Sabtu.
Di Blossom book's store.

Seperti biasanya, kedai ku dibuka pada jam 9 pagi pada hari sabtu. Hari biasa dibuka pada jam 2 petang kerana aku juga perlu ke sekolah. Tiada beza dengan hari lainnya, suasana yang tenang di kedai ini, dengan bunga-bungaan tersusun rapi bak taman-taman bunga yang mempunyai pelbagai rupa sesuai dengan nama kedainya. Aku juga seperti kebiasaan ku, membersih persekitaran kedai agar tidak dihinggapi debu. Buku-buku yang ada di rak-rak buku juga disapu dan dibelek-belek muka suratnya supaya tidak reput dimakan anai-anai.

Ring!!!
Loceng pintu berbunyi menandakan seseorang telah masuk ke kedai. 3 anak kecik datang seperti selalu dengan senyum dan ketawa keriangan mereka. Bukan untuk membeli, tapi untuk membacanya di sini. Mereka duduk seperti biasa di meja yang sememangnya disediakan untuk mereka. Walau pun mereka membaca secara percuma, tapi melihat anak-anak kecil masih ada minat untuk membaca itu lebih bermakna bagi ku.

Dalam leka aku mengelamun, rupa-rupanya ada seseorang berdiri di hadapan ku. Seorang jejaka, sedikit tinggi, berwajah gelap tetapi manis bila dipandang. Kacak buruk wajahnya bukanlah diri ku pandai menilainya. Rambutnya sedikit panjang, namun sesuai dengan bentuk wajahnya. Berkemeja biru yang tidak bercorak namun padan dengan kontra kulit wajahnya. Saat suaranya terlantun di rongga telinga ku, seakan-akan bisikan burung-burung kerana halus, jelas dan menengkan.

Kami meneruskan perbualan. Satu demi satu soalan diajukan, namun tetap ku jawap. Sepanjang aku berbicara dengannya, entah mengapa ku rasakan seperti sudah lama mengenalinya. Jarak dijaga. Tutur tersusun. Memperlihatkan keikhlasan terhadap pertanyaannya. Setelah itu, dia memperoleh bukunya. Sekejap lagi kami akan berpisah dan mungkin akan bertemu lagi. Dan masa tu sudah pun berlalu.

Sabtu seterusnya,
di Blossom book's store.

Keadaan kembali seperti biasanya. Aku dengan kerja ku. Kanak-kanak datang dengan gembira berlari menuju ke kedai ku dan aku menyambut kedatangan mereka. Tetapi, hari ini agak berbeza. Kaki ku seolah-olah ingin berjalan ke muka pintu. Mata sesekali mengintai-ngintai keluar, perasaan ku seolah ternanti-nanti kedatangan si dia. Tapi, ini bukan diri ku. Jarang sekali fikirkan lelaki. Tapi entah kenapa aku menanti.

-Tamat-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience