Kisah 5: Perpustakaan

Romance Series 2334

Dari pagi tadi Khai sudah datang ke perpustakaan awam yang berdekatan dengan rumahnya. Sabtu yang indah, jam-jam bebini selalunya orang ramai berehat dirumahnya bersama keluarga ataupun beriadah. Tidak untuk Khai, walaupun hari-harinya dipenuhi dengan kerja sebagai pendidik, namun tetap menghabiskan masa rehatnya dengan membaca.

Ruangan sejarah diteliti. Mungkin ada tajuk yang memikat hati. Walaupun sering ke perpustakaan ini tapi tidak semua buku dapat dihabiskan dalam masa yang sekejap. Satu buku dicapainya dari rak buku ruangan novel. Khai yang suka membaca tidak lari dari membaca novel. Namun agak berbeza sedikit layanannya terhadap novel dan buku ilmiah yang lain. Khai tidak memerhati sinopsis mahupun judul novel tersebut namun sebaliknya dengan buku ilmiah.

Azan zohor sudah berkumandang ditelepon bimbitnya. Ada satu ruangan solat di perpustakaan tersebut.

------------------------------------------------------------------------------

Nadia. Nama yang terlukis pada buku penggunaan perpustakaan pada hari sabtu itu. Kunci loker dipinta. Bunga Daisy, loker kegemarannya walaupun nampak sama sahaja dengan loker yang lain. Barang-barang keperluan dikeluarkan dari beg sandangnya.

Pakaiannya biasa tidak menampakkan seorang yang suka bergaya. Berkaca mata yang sedikit tebal bingkainya namun sesuai dengan wajahnya yang sedikit bulat. Tinggi tubuhnya tidak menampakan bulat wajahnya.

Laju langkahnya menaiki tangga untuk meningkatkan atas. Pintu sentiasa terbuka. Nadia terus menukar langkahnya ke kiri untuk menuju ke ruang buku. Buku biology diambil lalu mencari-cari tempat duduk.

------------------------------------------------------------------------------

"Hey, Assalamualaikum" salam diberi kepada Khai, satu-satunya manusia yang ada di situ. Nadia mengambil keputusan untuk duduk diruangan meja yang sama dengan Khai. Kerana disitu ialah ruangan kesukaannya sama seperti loker Bunga Daisyinya. Khai hanya diam dan menyambung membaca novelnya.

Suasana agak sepi. Nadia dengan kerjanya dan Khai dengan novelnya.

"Jadi,,,, lelaki pun baca novel cinta ya" Nadia memulakan perbicaraan dengan soalan yang sikit menggugat kelakian Khai.

"Novel ni... erm... takdalah... saya cuma tak tahu nak baca buku apa" Lancar dijawab, bukan rekaan.

"Takpa... tak salah pun baca novel, cuma hairan sedikit badan tegap pun baca novel." Nadia menambah perbualan dengan sedikit perbualan, membuatkan Khai sedikit malu.

Suasana yang sepi tadi mula ceria dengan gelak ketawa mereka.

Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang. Mereka berdua sedia untuk balik. Khai sudah pun pergi dahulu, meninggalkan Nadia yang sedang mengemas barangnya. Jam 2 ini perpustakaan sudah mulai penuh dengan kehadiran pemuda pemudi.

Khai yang bergegas keluar memikirkan dirinya yang masih membujang sehingga kini. Mana tidaknya, sedikit perkenalan terus pergi ditinggalkan. Baginya, biarlah dia mencapai cita-citanya terlebih dahulu sebelum menyerahkan hatinya kepada orang lain.

-Tamat-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience