Kisah 1: Si Burung Pipit

Romance Series 2334

2014

Waktu itu aku sedang bersia-sia mengelilingi sekolah. Hari sabtu sememangnya waktu sesuai untuk aku tenangkan jiwa setelah lima hari belajar menghadap buku. Tambahan pula, selepas subuh sebahagian pelajar menyambung tidur mereka sebahagian yang lain masih menyambung ibadah mereka dengan membaca al quran setelah sarapan pagi. Dan aku pula, berjalan sendiri menunggu terbitnya fajar al Sadiq, fajar yang memaparkan sebenar-benar mentari yang terbit.

Di sekolah ini, ada satu pohon yang agak tinggi. Terang mana pun mentari, selebat mana pun hujan pohon ini melindungi rumput-rampai yang menjadi tetangganya. Bangku di situ aku duduki. Aku memandang ke atas. Namun, hanya dedaun yang memutupi pemandangan. Walau begitu, masih terlihat keindahannya. Cahaya yang dipancarkan mentari menyerikan celahan dedaun yang hijau seolah terbayang suasana dimusim luruh di negara empat musim.

Satu pemandangan tiba-tiba bertukar suasana. Mulanya indah tapi kini bercampur gementar sedikit malu. Di sebalik pohon yang besar ini, ada satu pemandangan yang cukup cantik, indah. Aku masih duduk dibangku tetapi sedikit menjeling ke arahnya. Di situlah aku melihat satu ciptaan tuhan yang indah bagi ku. Seorang gadis bertudung putih, berjaket hitam tidak terlihat susuk tubuhnya cukup tenang bila memandang bukan nafsu yang bergelora. Sekawan burung pipit mengelilinginya. Secubit roti disebar untuk dijadikan santapan burung-burung. Cahaya matahari menerangi sisi wajahnya. Tidak gelap, tidak terang, tapi disaat seluruh wajahnya terpapar dikelopak mataku, aku jadi gementar, seolah-olah aku disapa dengan sapaan tawanya. Ini bukan kali pertama aku di sini. Tapi entah kenapa, aku rasa esok aku benar-benar ingin ke sini lagi.

2018,

Di sini aku melanjutkan pelajaran sebagai pelajar Diploma Fine Art. Sebagai peminat seni lukis ini, aku tidak ketinggalan mengambar pemandangan yang indah di Unimas ini. Tambahan pula, Sarawak mempunyai pemadangan-pemandangan indah untuk aku lakarkan dalam lukisan ku.

Aku duduk berhampiran tebing kolam. Kolam yang agak besar. Kira-kira 200 meter panjang jambatan berdiri teguh di tengah-tengah kolam yang sepatutnya digelar sungai itu. Di situlah para siswa siswi menenangkan jiwa, menghirup udara segar. Masing-masing ada pasangan, sedang aku masih bersama pensel ku dan helaian kertas untukku melukis. Bagi ku, bercinta itu bukan apa-apa. Cuma syarat untuk menjadi seorang manusia. Jadi, sebarkan cinta ku untuk keluarga ku, orang-orang di sekeliling ku, lukisan ku dan yang paling utama Pencipta ku.

Aku meneruskan pekerjaan ku. Melakar setiap garisan yang terlihat pada mata ku. Bayang pepohon menghalangi pandangan ku. Namun tetap sahaja terukir dijadikan sahabat lakaran ku. Bagi ku, bayangan yang menutupi mata ku ini bagaikan orang-orang yang jahat, merompak, mencuri dan sebagainya. Tapi, jika mereka ini tidak diberi motivasi, tidak dijadikan teman, sampai bila-bila akan menjadi pengganggu dikemudian hari.

Setiap minit menampakkan hasilnya. Setiap lakaran menampakkan rinciannya. Namun tetap sahaja ciptaan Tuhan ku yang terindah. Hampir siap lukisan ku. Akhirnya saat untuk aku menghiasi kontra-kontra warna. Jiwa ku fantasi. Orang fikir lain, aku fikir lain. Sesekali ingin juga aku melihat dunia yang luar dari imaginasi ku. Jiwa ku khusyuk mengambar, fikiran ku hanya terbayang apa yang ada dimata ku. Tidak peduli sekeliling, tidak peduli suasana. Asal lakaran ku siap pada akhirnya.

Tanpa ku sedari, satu pandangan sedang memerhati ku. Gadis si burung pipit. Sekali lagi aku berjumpa dengannya. Walau baru sehari aku bertemu dengannya aku tetap ingat wajah ayunya. Saat kami bertentang mata, tanpa ku sedari dia semakin mendekat. Ternyata dia hanya ingin melihat hasil karya ku. Senyumannya terukir tanda suka akan lukisan ku. Aku serahkan lukisan ku untuk dia tontoni. Beberapa minit berlalu, hanya dia yang berkata-kata. Dan aku hanya membisu tersipu malu.

Dia serahkan semula lukisan dan pergi. Lambaian dilempar seperti berkata "jumpa lagi" pada ku. Aku hanya duduk memandang ke langit. Tiada terlitas dalam fikiran untuk jadikan dirinya pasangan kekasih. Dia bagaikan burung pipit bagi ku. Mudah didekati bila ada tarikan baginya, tetapi tetap sahaja sukar untuk dimiliki.

-Tamat-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience