Rate

BAB 1

Romance Completed 732

PUAN* Faridah bingkas bangun dari sofa. Wajahnya sudah merona merah.Berita yang baru disampaikan oleh anak sulungnya Fahmi tadi betul-betul menghancurkan hatinya.“Ibu tak setuju Mie,” tegas Puan Faridah menuturkan sebaris ayat itu.Fahmi tahu pasti ibunya akan naik angin jika diberitahu akan hal ini.Namun, dia harus menyampaikan hal ini kepada keluarganya dahulu sebelum dia menyampaikan hal ini kepada orang lain. Fahmi memandang ke arah Encik Farid.
Encik Farid menggeleng. “Abah pun tak setuju. Benda nikah kahwin ni bukan boleh dibuat main. Kamu fikir menikah ni senang macam ABC ke?”“Tapi ni keputusan Mie, abah, ibu,” ujar Fahmi seakan-akan meminta simpati dari Puan Faridah dan Encik Farid.“Kamu bayangkan Mie, ini kamu baru beritahu ibu dan abah dan reaksi kami sudah sebegini. Kamu boleh bayangkan tak kalau keputusan kamu ni diketahui oleh orang lain, apa orang lain kata? Tak takut dengar cakap-cakap orang dekat luar sana tu?” Puan Faridah cuba menyedarkan anak bujangnya itu.

“Jangan fikirkan diri kamu sahaja Fahmi. Fikir juga impak keputusan yang bakal kamu ambil dengan orang disekeliling kamu,” tambah Encik Farid.*“KAU* fikir apa?” tegur Karl apabila melihat Fahmi termenung jauh.Wajah Fahmi yang kusut itu memancing dia untuk melabuhkan punggung di sebelah lelaki itu.Fahmi menggeleng perlahan.“Tak ada apa,” ujar Fahmi tenang seraya menebarkan pandangan ke arah sawah yang terbentang di hadapan pondok kecil itu.
Tenang. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke sini. Namun, kali ini,dia gagahkan juga diri untuk kembali ke kampung halamannya ini. Dia harus membuat satu keputusan yang besar. Malah keputusan itu akan mengubah hidup dia dan juga orang yang dia sayang.“Aku tengok kau termenung jesejak balik kampung ni. Kau dah tak biasa
duduk dekat kampung atau kau rindu orang dekat bandar sana?” Kata-kata Karl itu disambut dengan tawa kecil Fahmi. Cermin mata yang melorot ke pangkal hidung di tolak ke atas.
“Kau rasa?” Kali ini Fahmi pula cuba membaca fikiran Karl. Karl merupakan teman baiknya sejak zaman mereka berdua masih budak-budak hingusan dahulu.Karl jungkit bahu. “Aku rasa kau rindu dekat orang bandar,” jujur Karl menjawab. Wajah Fahmi ditatap. Karl lihat Fahmi melepaskan sebuah keluhan berat. Perlahan dia menepuk bahu teman baiknya itu.

“Hidup maknanya pilihan Karl,” ujar Fahmi rendah. Pandangannya kini dicuri oleh burung pipit yang sedang berebut mendapatkan padi yang sedang masak. Nampaknya, orang-orang yang dipacak di sawah itu tidak mampu menghalau burung pipit yang kelaparan.“Buatlah pilihan yang betul Mie kalau kau adalah orang yang memilih,”ujar Karl penuh makna. Fahmi tahu maksud Karl. Kepalanya diangguk perlahan.
“Susah bila kita dipilih dan kita harus memilih,” ujar Fahmi seolah-olah mengeluh.“Nak buat macam mana. Siapa suruh kau jadi Mr. Nice Guy,” perli Karl.Fahmi tersengih menunjukkan baris giginya yang putih dan tersusun.“Kalau aku ni jadi kau, memang tang tu juga aku pilih.Tak ada fikir-fikir. Kau pun tahu tasteaku macam mana kan. Seksi, gebu, dahi licin,” ujar Karl seraya bangun melarikan diri sebelum dia dihambat oleh Fahmi.
“Tu pilihan kau, bukan aku!” laung Fahmi kepada Karl yang sudah berlari ke batas sawah.*MEREKA* bertiga sudah sepakat untuk bertemu di Café Amour jam sembilan pagi. Belum jam sembilan, ketiga-tiganya sudah ada di situ. Hari yang mendung seolah-olah memahami kekusutan hati Fahmi.
“Rahmah dan Rasya nak pesan apa?” soal Fahmi seraya memandang kedua-dua insan yang dicintai olehnya.“Macam biasa,” jawab kedua-duanya serentak. Rahmah dan Rasya berpandangan sesama sendiri. Ada riak marah di wajah Rahmah.Ada riak tenang di wajah Rasya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience