Rate

BAB 2

Romance Completed 732

Sempat Rasya mengukir sebuah senyuman untuk Fahmi sekaligus membuang rasa bersalah yang bersarang di hatinya saat itu.Setelah pelayan berlalu pergi, Fahmi berdehem beberapa kali. Rahmah dan Rasya yang dari tadi melayan hati masing-masing, kini menumpukan perhatian kepada Fahmi.“Hidup maknanya pilihan. Kiri dan kanan menunggu kata putus,” ujar Fahmi memulakan bicara. Terasa gugup juga nak meneruskan kata-kata apabila Rahmah dan Rasya masing-masing memandangnya dengan penuh harapan.

“Dan hari ini saya dah memutuskan dengan siapa akan saya habiskan masa saya seumur hidup,” tambah Fahmi menghabiskan kata-katanya tadi yang seolah-olah tergantung. Sebaik sahaja dia selesai menuturkan semua yang berada di benak dan hatinya, Fahmi lihat Rahmah dan Rasya masing-masing keliru.Sejujurnya, dia sendiri ragu-ragu dengan keputusannya. Namun, untuk kebaikan bersama, dia tetap harus membuat keputusan.Rahmah cinta pertamanya, tidak tega dia melukakan hati perempuan yang sentiasa ada di kala senang dan susah dirinya. Rasya cinta yang dia sering nafikan,cinta yang dia kenal melalui erti pengorbanan.

*ANGIN* yang bertiup di pantai itu menampar lembut pipi Rasya.Dingin.Sedingin hati dan cintanya buat Fahmi.“Awak cakap akan tunggu saya,” ujar Rasya rendah. Suaranya tenggelam timbul dibawa angin.Fahmi berdiri tepat di belakang Rasya . Dia tahu gadis itu kecewa.Dia tahu gadis itu sengsara. Namun, itulah pilihannya. Jika Rasya setuju dengan pilihannya, maka Rasya akan menemaninya hingga hujung usia.“Saya memang tunggu dan masih menunggu awak sampai saat ini Rasya ,”ujar Fahmi rendah. Burung layang-layang yang terbang pulang ke sarang memberi petunjuk matahari akan melabuhkan sinarnya dalam masa terdekat.“Jika awak hanya punya satu pilihan, masihkan awak pilih saya atau awak akan pilih Rahmah ?” soal Rasya tenang. Kini, mata mereka berlaga.
Rasya ingin mencari sebuah kejujuran dari Fahmi. Fahmi mencari sebuah keikhlasan dari Rasya.“Awak tahu jawapan saya Rasya ,” ujar Fahmi tegas.Rasya tersenyum. Dia tahu benar perangai Fahmi. Jika A katanya, maka sampai ke hujung, A jugalah pilihannya.“Awak memang keras kepala,” komen Rasya dan membalikkan kembali pandangannya memandang ombak yang menghempas pantai.“Dan awak sangat memahami. Terima kasih kerana sudi berkorban untuk aya,” ujar Fahmi seolah-olah memujuk Rasya yang sedang berperang hatinya.

“Saya tak cakap saya setuju,” Rasya seolah-olah bermain kata.“Saya juga tak suruh awak setuju,” ujar Fahmi. Serentak itu, Rasya memandang ke arahnya. Setitis air mata dilihat jatuh membasahi pipi gadis itu. Fahmi hanya membiarkan gadis itu berlalu membawa hatinya yang remuk dihancurkan oleh dirinya.Rasya perlu masa.
*“AWAK* tahu saya tak suka dia,” bentak Rahmah sebaik sahaja wajah Fahmi muncul di hadapannya.Fahmi angguk. “Dan saya juga tahu awak juga tak akan tinggalkan saya,” ujarnya memujuk Rahmah.“Kenapa awak buat macam ni pada saya Mie?” lirih kedengaran suara Rahmah . Dia lihat wajah Rahmah pucat tanpa sebarang solekan. Perempuan itu terlihat seperti sakit.

“Kerana saya harus memilih dan saya tak boleh memilih. Saya perlu awak dan Rasya untuk bantu saya membuat pilihan,” tenang Fahmi menerangkan.“Awak pengecut Mie,” ujar Rahmah sinis.“Hidup maknanya pilihan Rahmah . Ya, saya pengecut kerana saya tak berani untuk memilih antara awak dan juga Rasya bila kalian menunggu kata putus dari saya. Saya pengecut kerana saya tak sanggup korbankan awak mahupun Rasya . Saya pengecut kerana saya tidak ambil jalan terus,jalan yang paling selamat untuk diri saya sendiri dan mengecewakan kalian.” Fahmi seolah-olah menyalahkan sekaligus membela dirinya sendiri. Dia mahu Rahmah berfikir dengan waras.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience