Rate

BAB 5

Romance Completed 732

Fahmi hanya tersenyum mendengar kata-kata yang disampaikan oleh Rasya dan Rahmah.Poligami macam origami.“Mohamad Fahmi bin Mohamad Farid,” ujar Tok Kadi sekali lagi di hadapan Fahmi sekaligus mematikan lamunannya.Terdengar suara sumbang di kalangan tetamu yang hadir di upacara pernikahannya itu. Masing-masing berbisik sesama sendiri. Dia tahu inilah risiko atas keputusan yang dia buat hari ini. Namun, dia juga tidak tega mengecewakan Rahmah.“Ya saya,” ujar Fahmi.“Aku nikahkan dikau dengan Nur Rahmah binti Alias dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunai,” ujar Tok Kadi sambil menggoncang tangan Fahmi.

“Aku terima nikahnya Nur Rahmah binti Alias dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunai,” ujar Fahmi sekali nafas. Sekali lagi doa dibaca mengucapkan syukur kerana majlis pernikahan Fahmi yang kedua juga berjalan lancar. Wajah Rahmah yang kelihatan tenang daripada selalu itu ditatap lama oleh Fahmi.
‘Terima kasih Allah kerana telah melembutkan hati Rahmah untuk menerima keputusanku ini. Lembutkanlah hatinya Ya Allah untuk menerima Rasya seperti mana aku menerima dirinya,’ bisik hati kecil Fahmi lagi.Dahi Rasya dan Rahmah dikucup perlahan. Perlahan juga tangan Fahmi mengusap lembut ubun-ubun kedua-dua isterinya.Jalannya cinta nodai hati Aku dicinta jalinan tiada pasti Dan aku tak harus terkalahkan Dan diriku terabaikan Kuikuti cahaya hati Ya, ini adalah pilihan yang Fahmi buat mengikut jalan hatinya. Apabila Rasya dan Rahmah masing-masing menunggu kata putus daripada dirinya, dia memberikan mereka berdua pilihan. Untuk berkorban atau ambil jalan terus. Di akhir sebuah penantian, mereka memilih untuk berkorban dan dia juga memilih jalan tengah dengan menikahi kedua-duanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience