Rate

BAB 3

Romance Completed 732

“Danawak takut untuk kecewakan kami berdua?” duga Rahmah .Fahmi mengangguk. Rahmah ketawa kuat. Menutup kegusaran hatinya.“Awak memang Mr. Nice Guy Fahmi. Kalau ada anugrah pelakon lelaki terbaik, saya rasa awak boleh rangkul anugrah tu,” perli Rahmah seraya melangkah keluar dari Restoran Cinta Sayang itu.

*UNTUK* kesekian kalinya, Rasya duduk termangu di sudut bilik sambil bersandar pada katilnya. Satu-persatu fotonya bersama Fahmi dilihat kembali. Peristiwa yang membuat hatinya terpaut pada Fahmi kembali menerjah ingatan.“Maaf,” ujar Rasya sewaktu terlanggar seseorang sewaktu dia terburu-buru menuruni tangga. Wajah insan yang baru dia langgar tadi tidak dilihat. Rasya hanya tunduk memandang lantai.Yang dia lihat hanya kasut Converse hitam yang dipakai oleh insan itu.

“Tak apa,” jawab pemilik kasut Converse hitam itu tanpa berganjak sedikit pun dari tempatnya. Rasya juga seolah-olah kaku di situ.Kerana masing-masing tidak berganjak, perlahan-lahan Rasya mengangkat mukanya memandang insan itu. Sah insan itu seorang lelaki melalui suara yang didengarnya sebentar tadi.“Saya Fahmi. Awak?” soal Fahmi selamba tanpa sedikitpun berganjak dari tempat dia berdiri.

“Err. Err.” Tergagap-gagap Rasya ingin memperkenalkan dirinya pada Fahmi yang tidak pernah dia kenal sebelumnya.“Okey. Tiada paksaan untuk memperkenalkan diri. Ladies first,” ujar Fahmi seraya membungkukkan badannya dan mendepangkan tangan kirinya ke samping untuk memberikan laluan kepada Rasya untuk menuruni anak tangga tersebut. Rasya hanya menurut tanpa banyak bicara. Dan mulai detik itu dia rasa cintanya hanya untuk lelaki itu. Hubungan mereka semakin lama semakin akrab sehingga hari dia mendapat tahu Rahmah pernah hadir dalam hidup Fahmi. Namun, sesuatu yang Rasya ingat tentang Fahmi hingga kini,lelaki itu berjanji untuk menunggunya hingga dia bersedia. Bersedia untuk berkongsi segalanya dengan Rahmah.Setitis air mata jatuh di pipi Rasya . Kini, baru dia sedar cintanya pada Fahmi menjerat dirinya sendiri.Dosakah aku bila dicintaimu?Bila jalinan hati kini menjeratku Tapi haruskah diriku pasrah Diriku mengalah Erat Rasya memeluk kakinya. Hatinya sebak. Hatinya terluka. Namun, dia harus membuat keputusan berdasarkan jalan yang ditentukan oleh hatinya.
*“SAYA* cintakan awak Rahmah ,” ujar Fahmi perlahan di telinga Rahmah sewaktu kelas Matematik sudah selesai.Rahmah menoleh ke belakang. Jantungnya berdegup laju umpama memainkan irama tango. Fahmi menupang dagunya dengan tangan sambil menunggu reaksi Rahmah.Sebuah senyuman dihadiahkan buat gadis idamannya itu. Dia suka lihat wajah Rahmah yang memerah setiap kali dia menuturkan sebaris ayat itu.
“Awak tak pernah nak give-up eh?” soal Rahmah seperti selalu. Muak juga apabila sering diganggu oleh Fahmi dengan ayat yang membuat hatinya goyah itu.
Fahmi geleng perlahan. Bibirnya masih mengukir senyum. “Sebab saya memang cintakan awak sejak kita tingkatan satu lagi. Awak pun tak pernah nak give-up reject cinta saya sepanjang tiga tahun ni eh?”
Rahmah tunduk. Diam-diam sudah tiga tahun dia menolak cinta daripada lelaki bernama Fahmi. Dia juga tidak tahu kenapa dia menolak cinta lelaki itu. Walhal Fahmi merupakan lelaki yang digilai oleh teman sekolahnya.Siapa tidak kenal Fahmi? Apabila dia lalu sahaja di koridor kelas,pelajar perempuan bagai terkena histeria. Lelaki dengan tubuh yang agak sasa dan tinggi lampai macam Arjun Rampal. Kulit kuning langsat. Kaca mata yang menampakkan kesegakannya. Sejemput janggut di bawah dagu.
Bagi Rahmah , Fahmi lelaki biasa. Namun punya daya tarikan yang luar biasa. Macam hukum gerakan Newton yang kedua. Daya sama dengan jisim dikalikan dengan pecutan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience