Rate

BAB 4

Romance Completed 732

Kira daya tarikan Fahmi yang luar biasa tu adalah disebabkan oleh jisim puluhan hati yang sukakan dia dan pecutan perempuan yang terkejar-kejarkan dia bila dia pergi ke mana-mana.Fahmi punya pakej lengkap lelaki idaman wanita. Selain mempunyai wajah yang masuk kategori kacak, Fahmi merupakan pelajar cemerlang di sekolahnya. Semua perempuan tergila-gilakan Fahmi tapi bukan dirinya. Dan Fahmi pula bagai sebuah antidot menggilai dirinya.Memang cinta tiada bermata Bisa ciptakan sedih juga bahagia Aku kini terjerat kerananya Susah lepaskan dia Rahmah senyum sendiri. Rahmah tahu, dia susah untuk melepaskan cintanya pada Fahmi saat ini. Kerana itu dia juga harus membuat keputusan.*“SAYA* cintakan awak juga,” ujar Rahmah sewaktu mereka jalan beriringan ke perhentian bas setelah selesai waktu sekolah. Fahmi memandang wajah Rahmah dengan riak tidak percaya. “Betul?” soal Fahmi teruja. Matanya yang biasanya sepet kini terbuka besar.Rahmah angguk. Fahmi ukir senyuman bahagia. Namun lama-kelamaan senyuman itu mati di bibirnya. Dia teringat pertemuannya dengan Rasya minggu lalu.“Sudi awak menangis dan ketawa bersama saya walaupun awak tahu saya masih menunggu kata putus dari Rahmah ?” soal Fahmi tenang.Rasya mengangguk. Dan Fahmi fikir saat itu bahagia milik mereka berdua.

Nama Rahmah seolah-olah terpadam dalam kamus hidupnya sementara waktu.*FAHMI* menoleh ke belakang sebelum upacara pernikahan dimulai. Hari ini adalah hari yang paling dia tunggu dan paling dia takuti. Wajah ibu dan abah dipandang silih berganti. Fahmi bersyukur kerana akhirnya Allah melembutkan hati ibu dan ayah untuk menerima keputusannya.“Mohamad Fahmi bin Mohamad Farid,” ujar Tok Kadi di hadapannya.“Ya saya,” ujar Fahmi yakin.“Aku nikahkan dikau dengan Nur Rasya binti Arif dengan mas kahwinnya
dua puluh dua ringgit setengah tunai,” ujar Tok Kadi sambil menggoncang tangan Fahmi.“Aku terima nikahnya Nur Rasya binti Arif dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunai,” ujar Fahmi sekali nafas.
“Sah?” soal Tok Kadi sambil memandang saksi pernikahan. Semua mengangguk mengesahkan pernikahan itu. Tangan ditadah mengaminkan doa yang dibaca tanda syukur ke hadrat Ilahi.Terasa dadanya sedikit lapang setelah selesai akad nikah yang pertama.Fahmi melihat Rasya yang ayu dalam pakaian serba putih menitiskan air mata.
‘Terima kasih Allah kerana telah melembutkan hati Rasya untuk menerima keputusanku ini. Berikanlah dia sedikit kekuatan atas pengorbanan yang dia lakukan untuk diriku yang tidak boleh memilih ini,’ bisik hati Fahmi.Dia tidak tahu air mata itu akan tumpah lebih banyak atau tidak sebentar lagi. Fahmi menarik nafas panjang. Dia kembali memandang wajah Tok Kadi.Fahmi teringat perbincangan mereka bertiga dengan Puan Faridah dan Encik Farid minggu lalu sewaktu dia menyampaikan keputusan yang dia buat bersama Rasya dan Rahmah.
“Kamu bertiga dah fikir masak-masak? Dah bincang dengan keluarga masing-masing?” soal Puan Faridah sambil memandang kedua-dua bakal menantunya.Rasya dan Rahmah mengangguk perlahan. Di bibir mereka terukir sebuah senyuman.
“Kamu tak takut poligami?” soal Encik Farid pula.Rasya senyum. Duduknya diperbetul. “Poligami tu lebih kurang macam origami je pakcik. Buat origami ni kadang-kadang kita dah lipat-lipat tapi tak jadi bentuk yang kita nak. Perkahwinan pun macam tu juga. Kadang-kadang kita kahwin sebab kita rasa orang tu boleh sempurnakan hidup kita. Tapi lepas kahwin baru kita tahu kekurangan yang ada pada diri dia,” ujar Rasya tenang dan bersungguh-sungguh.

“Poligami ni sama macam kita ambil kertas lain dan buat balik origami yang kita salah buat tu. Dari situ kita belajar, bentuk yang baru kita buat tu juga tidak akan sempurna. Origami yang lama tu, walaupun tak jadi, tapi setidaknya adalah juga bentuknya,” tambah Rahmah pula.Puan Faridah dan Encik Farid bertukar pandangan. Dia tidak tahu Rasya
dan Rahmah sepositif ini untuk dimadukan oleh anak sulung mereka, Fahmi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience