BAB 2

Romance Completed 567

“Bukan aku tak nak beli. Aku tak boleh nak beli. Hari ni kedai tu Pak
Bakar yang jaga bukan anak dia. Dia cakap kalau aku pergi lagi kedai dia
beli rokok dia nak report dekat bapak aku.” Dia mengusap pipi kanan
yang pedih di tampar Zahid. Selalu Zahid tidak pernah menampar atau
memukulnya. Mungkin dia baru sahaja dimarahi bapanya kerana selalu
merayap serta mengusik anak gadis kampung ini membuatkannya lekas naik
angin lalu menampar dirinya.

“Bila aku cakap kau bodoh kau marah. Tapi bila aku tengok kau bengap
macam ni baik kau berhenti sekolah aje. Jadi macam kami ni. Bebas. Tak
payah nak penatkan otak belajar entah apa-apa kat sekolah tu. Lagipun
kau pergi sekolah pun bukannya kau boleh jadi pandai pun. Lain kali kau
pergilah beli deka kedai Ah Chong tu.” Zahid menolak kepalanya dengan
hujung jari. Ehsan hanya diam dan bertindak sebagai pemerhati. Hatinya
menahan marah.

Mahu sahaja dia menumbuk muka Zahid yang berjerawat dan menyepak perut
buncit Ehsan. Tapi dia tetap cuba mengawal riak mukanya supaya mereka
berdua tidak dapat melihat perasaan marah yang bersarang dalam hatinya
ketika ini. Dia tidak boleh marah. Mereka berdua sahabat karibnya.
Kerana mereka berdua, tidak ada siapa pun yang berani membuli atau
mencari pasal dengannya disekolah. Dengan saiz badannya yang agak kecil
itu dia sering menjadi mangsa buli. Tetapi setelah dia berkawan dengan
Zahid dan Ehsan tidak ada siapa lagi yang berani menyentuh dirinya. Bila
dia berkawan dengan mereka berdua dia merasa dirinya berkuasa.

“Aziz , aku suruh kamu belajar! Bukan suruh kamu termenung berangan tepi
tingkap tu!” Dia tersentak mendengar jerkahan dari bapanya. Dia tidak
sedar bapanya telah berada di situ sejak tadi lagi memerhatikannya.

“Alah, abang ni… Bagilah budak tu berehat sekejap. Dari tadi saya tengok
dia asyik mengadap buku tu. Dia pun tahu penat juga.” Ibunya menyampuk
dari arah belakang. Dia sangat sayang dengan ibunya yang cantik itu. Ibu
seorang yang memahami bukan seperti ayah yang garang dan hanya tahu
memaksanya untuk belajar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience