BAB 1

Romance Completed 567

Dia melihat ke luar jendela. Melihat pemandangan sawah padi yang
terbentang luas. Sawah padi yang telah menjadi sumber pekerjaan turun
temurun yang di warisi dari nenek moyang sebelah ayah. Sawah yang selama
ini menjadi tempat permainannya sejak dari zaman kanak-kanak. Setiap
kali matanya melihat ke arah sawah itu hatinya menjadi tenang.

Kadang kala terfikir juga adakah dia juga akan menjadi pesawah seperti
ayahnya? Adakah dia sanggup menahan terik mentari sehingga menggelapkan
warna kulitnya yang cerah itu? Adakah dia sanggup keringatnya bercampur
dengan lumpur? Adakah dia sanggup berdepan dengan risiko kerugian akibat
daripada bencana alam seperti hujan dan kemarau yang tidak menentu
akhir-akhir ini? Dan sanggupkah dia tinggal di kampung ini melihat rakan
seusianya berhijrah mencari rezeki di bandar?

Sungguh dia tak sanggup. Dia ingin kerja di bandar. Ingin bekerja di
tempaat berhawa dingin. Dia ingin menjadi ketua, ingin menjadi pengurus.
Dia mahu semua orang memandang tinggi kepadanya. Dia mahu orang hormat
kepadanya. Dia mahu mendengar semua orang memanggilnya dengan gelaran
‘Tuan’. Dia mahu orang yang selama ini memandang rendah kepadanya
menunduk setiap kali terpandang kelibatnya terutama sekali Zahid dan
Ehsan. Ya, terutama sekali Zahid dan Ehsan.

Zahid dan Ehsan sebaya dengannya. Cuma mereka sudah berhenti sekolah.
Sebetulnya diberhentikan sekolah kerana membuli dan memukul seorang
pelajar tingkatan dua sehingga patah tangan. Mereka memang kali buli.
Semalam dia ditampar ketika pulang dari sekolah oleh Zahid. Dia ditampar
kerana tidak membeli rokok yang yang dipinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience