BAB 3

Romance Completed 567

“Belajar apanya? Dari tadi saya tengok halaman buku tu tak berganjak
pun. Beranganlah tu gamaknya.Apa nak jadi dengan kamu ni Aziz ? Belajar
malas, Yang kamu tahu berangan. Kamu ingat berangan tu yang nak tanggung
hidup kamu nanti? Ini semua awaklah, manjakan sangat budak ni.” Dia
menundukkan kepala memandang lantai. Rasa bersalah kerana ibunya pula
yang dimarahi.

Kenapa ibu harus berkahwin dengan ayahnya yang miskin dan jelik itu?
Sedangkan ibunya seorang yang sangat cantik. Kalaulah ibunya jadi
berkahwin dengan Omar orang kaya itu sudah tentu hidup mereka lebih
baik. Di limpahi dengan kemewahan dan kemegahan. Pasti semua orang akan
hormat kepada mereka anak beranak.

“Tengok tu… Saya tengah bercakap ni pun dia buat tak tahu saja. Kamu
dengar tak apa yang ayah cakap ni? Kamu ni jangan la asyik berangan
aje. Belajar. Kamu tak malu ke nanti bila tengok kawan-kawan kamu
semua ke universiti? Kalau tanpa pelajaran, tanpa ilmu kamu nak buat
apa? Nak ke kamu jadi macam ayah membanting tulang empat kerat setiap
hati di sawah tu? Cubalah kamu ingat masa depan kamu tu sikit. Tengok
anak-anak arwah Pak Ngah kamu tu, semuanya rajin. Si Batrisyia tu asyik
pegang buku je. Tak lama lagi dia dah nak ke England sambung belajar.”
Mendengar sahaja nama Batrisyia kepalanya terus diangkat melihat wajah bapanya.

“Hah, sekejap lagi abang pergi ambil Fatimah dekat airport ke?” Ibunya
cuba mengalih perhatian ayahnya. Dia tahu ibunya juga sudah bosan setiap
hari terpaksa mendengar bapanya meleteri dirinya. Tapi pertanyaan ibunya
menarik perhatiannya. Mak Ngah Fatimah nak balik? Maksudnya Batrisyia juga
pasti ikut pulang bersamakan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience